Wednesday, March 9, 2011

Akhirnya, sampai juga aku ke sini – Universal Studio Singapore. Pada mulanya aku tak tahu kewujudannya, sampai Widura mengatakan bahawa kita semua akan ke Singapore pada bulan Februari 2011. Dia beritahu dalam bulan November 2010. Aku ingatkan jejalan je kat Singapore, sampailah aku mengetahuinya dari perbualan Along dan agent yang meng’arrange’kan perjalanan kami ke Singapore, dan hanya situlah yang kami tuju. Perjalanan pada 14 Februari 2011, valentine day ok, ingatkan tak ramai orang, tapi semua event yang kami nak masuk mesti akan beratur panjang. Bukan penat berjalan tapi penat menunggu.

Seawal jam 7:00 pagi perjalanan bermula. Parking kereta kat Kotaraya JB. Masuk Singapore dengan bas yang agent kami arrangekan. Dalam jam 10:00 pagi kami tiba di USS. Setelah selesai urusan di kaunter tiket, kami pun berjalan masuk. Sebelum meneruskan penjelajahan kami sewa stroller untuk Abang Ashraff dan Aida (oh ya… rombongan kami 15 orang termasuk 4 kanak-kanak bawah umur). Event pertama yang kami jumpa ialah Hollywood. Suasananya memang seperti Hollywood, oleh kerana orang agak ramai dan aku tak mahu terpisah dengan mereka, jadi cuma buat lawatan aje, nak bergambar pun kena tunggu ehsan orang lain, tapi kalau nak tengok gambar-gambar sila ke widura.org. Kat situ lagi detail yang korang akan tahu mengenai perjalanan kami di USS.

Lepas tu kami melewati event Madagascar, lalu aje, tak singgah pun. Game pertama yang kami main ialah Enchanted Airways, roller coaster yang konon tak adventure, tapi bila benda ni mula berjalan aku pun mula pejam mata, lepas tu nyesal sendiri sebab tak boleh enjoy the adventure. Mengong…

Lepas terjerit-jerit kat roller coaster tu, kami tengok wayang plak, Far Far Away atau pun Shrek 3D. Terasa jugak dia punya effect, macam bila si donkey tu bersin, kami pun terasa tempias bersin dia tu, eeeee…. dua kali pulak tu. Masih lagi kat negeri Far Far Away, kali ni, kami tengok Donkey’s show. Dia beraksi secara live, kerana boleh berinteraksi secara live dengan audience. Dah habis dengar Donkey membebel, boleh pulak terjebak naik fan fair yang langsung tak best. Kat sini lah aku beli souvenir untuk bebudak office, rasanya itu yang paling murah, magnetic. Tapi tak semua yang dapat, hanya mereka yang tertentu je, gila ko nak beli bebanyak, muflis makcik…

The Lost World – destinasi seterusnya. ‘Rapid Adventure’ ialah game yang kami joint. Nak masuk kena Q panjang-panjang. Enjoy memang enjoy, kononnya kami menyusuri sungai sambil di’tegur’ dinasour-dinasour yang berkeliaran kat tepi sungai tu, tapi nasib tak baik, basah lencunlah korang (macam apa yang terjadi kat Widura, sampai habis round kat USS tu, tak habis-habis membebel pasal kasutnya yang basah).

Selepas mengeringkan diri, kami meneruskan perjalanan - hanya melintasi Ancient Egypt kami sempat beramah mesra dengan ‘firaun’. Sebenarnya dari jauh dah nampak roller coaster yang jenis kepala ke bawah kaki kat atas, memang teruja. Tapi makin menghampiri pintu masuk ke tempat tu, makin kuat pulak degupan jantung, Ayat Kursi dah beberapa kali baca, Widura pulak siap suruh baca doa naik kenderaan. Kali ini aku nekad tak mahu pejam mata, kononnya. Tapi bila bab kepala ke bawah kaki kat atas tu, memang aku tak berani nak buka mata. Jerit jangan cakaplah, sampai terbatuk-batuk aku. Dan bila permainan tamat, rasa macam nak naik lagi pulak. Best giler…! Roller coaster tu ada dua jenis, satu yang roller coaster kaki kat dalam, satu lagi kaki tergantung. Aku naik yang kaki tergantung punya. Ajak jugak diorang naik yang kaki kat dalam, tapi diorang cakap yang itu dah biasa, so tak mau naik. Selepas habis suara aku keluarkan, kami bergerak ke Sci-Fic-City pula. Kat sini aku tak tahu apa kebendanya, so lalu jer dan amik gambar. Akhirnya kami sampai ke New York. Terserempak pula dengan Charlie Chaplin. Ramai sangat yang nak bergambar dengan dia, so tak boleh join sekali.

Tengah leka-leka memerhatikan suasana Bandaraya New York, tetiba kami diajak masuk ke satu tempat. Memula tu aku blur-blur jugak, tempat apa yang sibuk sangat diorang nak masuk, pintu masuk pun macam lorong antara bangunan (teringat Nasi Kandar yang kat celah-celah bangunan di Penang), lebih kurang macam tu lah jalan masuk ke tempat yang masih belum jelas pada pandangan aku. Rupa-rupanya tempat itu dikenali sebagai Lights! Camera! Action! Hosted by Steven Spielberg. Di sini kami disajikan dan dibagitau bagaimana sesuatu filem yang menggunakan ‘special effect’ dibuat. Terasa juga kesannya pada kitorang. Misalnya kalau ada kebakaran, terasa bahang apinya, kalau ada kapal yang karam terasa percikan airnya. Berderau jugak darah apabila ada ‘kapal’ yang besar hampir melanggar kami.

Selepas merasai pengalaman pembikinan filem action itu, kami meneruskan penjelajahan New York kami, bergambar di atas jalanraya New York, sempat lagi menggayakan topi dari ‘The Brown Derby’ dan menyaksikan live show ‘Superstar Candies’ yang menari-nari serta terkinja-kinja. Memang nampak gedik, tapi terhibur juga dengan persembahan mereka.

Akhirnya sebelum keluar dari Theme Park USS, kami tiba semula di Hollywood. Theme Park ini merupakan satu bulatan yang besar, kalau setakat round dan tidak menyertai apa-apa games atau masuk mana theme, bagi aku setengah hari dah cukup, tapi rugilah, sebab kebanyakan events memang menyeronokkan. Sempatlah beli sesuatu untuk membuktikan bahawa aku pernah sampai Universal Studio Singapore.

Lepas keluar dari Theme Park USS ini, kami singgah pula kedai coklat Hershey’s di luar kawasan theme park. Bergambar lagi dengan Mr Hershey’s di luar kedai. Aku tak boleh masuk sebab ditinggalkan keseorangan kat luar untuk menjaga Ashraff yang tertidur keletihan. Nak masuk kang, hilang pula cucu aku tu, so aku jadi penunggu je lah kat luar. Sebelum meninggalkan USS, kami bergambar beramai-ramai berlatarbelakangkan USS.

Maka berakhirlah perjalanan kami ke Universal Studio Singapore. Sampai rumah dalam jam 12 tengah malam. Nasib baik esok public holiday, kalau tak mesti tak boleh nak kerja. Tak penat, tapi kerana mereka semua ada kat rumah, maka mestilah aku nak berlama-lama dengan mereka kan.

OK. Jumpa lagi…