Sunday, February 20, 2011
aktivitiku seterusnya...

Celebrate birthday Safi (Donut) yang pertama – Pada awalnya aku nyaris-nyaris tak dapat join the party. Angah dan suami beria-ia nak ke Mersing, menuruti anak-anaknya yang bercadang untuk menghabiskan cuti Chinese New Year di sana. Tapi disebabkan banjir, track keretapi dinaiki air maka hajat mereka tidak kesampaian. Jadi keputusan ke KL dibuat saat-saat terakhir. Nama pun cuti Chinese New Year, company meng’extra’kan cuti perayaan ini menjadi 2 hari ke 5 hari termasuk Sabtu dan Ahad.

Pagi 2/2/2011, dengan bas jam 8:30 pagi aku ke KL. Maka dapatlah aku menyibukkan diri atau ‘membusy body’ memeriahkan birthday party Safi. Buat di McDonald Prima Saujana, Kajang. Dihadiri oleh ahli keluarga terdekat sahaja.

Sabtu malam Ahad, kami ke Putrajaya. Dalam kepala terfikir jugak, ada apa dengan Putrajaya? Lepas maghrib kami bergerak ke sana. Memula dinner, lepas tu acara jejalan. Tak sangka pulak malam-malam di Putrajaya agak meriah, mungkin kerana malam minggu. Rupanya boleh lepak-lepak dan ‘berkelah’ di satu padang berhadapan dengan Kompleks Mahkamah Putrajaya. Kami pun turut serta dalam acara itu, bergambar dan menyertai acara ‘sukan’ dimalam hari. Setelah penat dengan acara-acara tersebut, kami bergerak pulang. Esok acara lain menunggu.

Acara itu ialah mendaki Bukit Broga – Seawal jam 6:00 pagi sudah mencelikkan mata menyediakan sarapan. Kalau ikutkan kena keluar rumah sebelum matahari terbit. Sebab nak tengok matahari naik dari puncak Bukit Broga. Tapi biasalah, bab-bab bangun pagi agak liat sikit, lebih-lebih lagi malam tadi balik lewat.

Jam 8:30 pagi baru keluar dari rumah. En Asben pada Pn Wie dah keluar dulu dengan parents dia. Pergi sarapan. Mulanya kami nak join jugak acara sarapan tu, tapi jauh pulak tempat mereka sarapan dan destinasi kami yang sebenarnya. Maka acara itu terpaksa kami ‘skipkan’, dan aku mendaki Bukit Broga tanpa sarapan.

Mungkin kerana masih ‘ringan’, jadi aku tidak kepenatan, Cuma kakiku agak tegang. Banyak kali jugak aku berhenti untuk mengurangkan ketegangan itu. Akhirnya sampai jugak aku ke ‘check point’ terakhir, bukan puncaknya. Semasa mula-mula naik, kami dah dengar ada orang jatuh di atas, agak parah jugak orangnya. Jadi kami diingatkan untuk berhati-hati.

Aku cuba naik ke puncak, tapi disebabkan aku sudah ‘keseorangan’, keberanian itu tiada. Agak lama aku termenung sebelum membuat keputusan untuk turun semula. Masa turun ni, aku cuba ikut jalan lain yang aku perhatikan macam mudah sahaja, tapi hampir-hampir tergelincir. Berderau darah sekejab, dan kerana itu, aku seperti serik untuk naik bukit lagi, sampai termimpi-mimpi dibuatnya.

Lepas acara mendaki, acara makan-makan. Di bawah kaki Bukit Broga ada ladang pemeliharaan arnab. Selain arnab, ada juga haiwan-haiwan lain, kiranya mini zoo lah ni. Merasa jugaklah aku makan sate arnab, dah nama pun sate, memanglah sedap tapi liat.

Balik rumah, bersedia pula untuk acara mandi-manda di air terjun (walaupun aku tengok tak ada air terjun). Mulanya malas nak pergi, tapi ‘dipaksa’ oleh Wahila untuk sama-sama memeriahkan acara mandi-manda itu. Kami ke Langat. Entah apa entah nama tempat tu, aku pun tak pasti. Aku memang malas untuk membasahkan diri, jadi aku cuma menjadi pemerhati yang setia bersama Along sambil mengunyah kudapan yang dibawa.

Jam 5:00 petang, baru bebudak yang nak sangat mandi-manda tu naik. Sebelum berangkat pulang, sempat lagi bebudak tu makan. Jam 6:10 petang baru sampai rumah. Along suruh aku bersiap cepat agar boleh kejar bas jam 7:00 malam, tapi memang tak sempat. Terpaksa aku naik bas jam 8:30 malam. Itu pun tak dapat bas yang selalu aku naik, sebab dah penuh. Tak kisahlah tu, janji balik malam tu jugak (sebenarnya lagi suka kalau tak dapat balik malam tu, boleh extend cuti, hehehe….) Jam 12:00 tengah malam, aku selamat sampai rumah. Selepas memberi laporan pada Along, aku bersiap untuk menidurkan diri. Esok dah mula kerja setelah lama bercuti.

Jumpa lagi.


0 ulasan: