Friday, February 18, 2011
Sudah 1 bulan 18 hari 2011 menjengukkan diri. Last aku post kat sini 1 Disember 2010. Segalanya baru, tahun baru, baru lepas sambut Tahun Baru Cina dan blog aku juga berwajah baru, hasil kreativiti pn wie kita.
Banyak juga aktiviti yang aku tak update kat sini. Antaranya:
i) 18 Disember 2010 - E-voke mengadakan jamuan tahunan atau lebih dikenali sebagai annual dinner. Buat kat Naza Hotel JB. Saat-saat akhir baru confirm untuk pergi. Itupun ada kawan yang boleh diajak bersama, kalau tak, memang tak sampai. Meriah juga annual dinnernya. Ada door gift, ada jugalah cabutan bertuah dan juga bertukar-tukar hadiah. Seperti biasa aku jarang dapat nombor bertuah, tapi ada juga kenang-kenangan aku menghadiri annual dinner itu. Menang jugalah untuk permainan yang dinamakan 'perfume', tapi hadiahnya bukan perfume. Cadang untuk tidur JB, tapi rasanya sudah berteman tu, balik hari tu juga ke Kluang. Sampai rumah pukul 3 pagi. Esok tu memang tak sedar diri. Bangun tidur dekat tengah hari. Satu hari tu aku macam kain buruk, lesu memanjang.
ii) 1 Januari 2011 - Bercuti ke PD bersama keluarga. Tapi 31 Disember 2010 dah start cuti sebab Najib umum hari tu 'public holiday' kerana Malaysia menang bolasepak Piala Suzuki AAF. Disebabkan ianya saat-saat akhir, segala-galanya dilakukan juga disaat-saat akhir. Petang 31 Disember tu aku dah sampai Kajang. Esok tu baru beramai-ramai berangkat ke PD. Bergerak dengan 4 kereta. Stay kat Legend International Water House. Pergi dengan 4 keluarga, apalagi hiruk pikuk jadinya bilik yang kami sewa, walaupun ambil 2 bilik. Check in dalam pukul 3 petang. Isitimewanya bilik ini ialah ada kolam untuk berkubang di dalam setiap bilik yang disewa. Lepas puas berkubang, kami melakukan aktiviti luar darjah pulak. Aku yang dah lama tak berbasikal, terhuyung hayang gak nak kawal basikal itu, tergolek dok jugallah aku dibuatnya. Lepas tu belajar memanah pulak, walaupun cuma 3 kali shoot, maklumlah anak panahnya cuma 24 batang, yang nak main ada 2 ke 3 orang, mana dapatlah jawabnya. Dah puas beriadah di luar, hampir maghrib baru kami balik ke bilik. Dinner kami beli bungkus. Makam reramai kat bilik.
Disebabkan ada kemudahan untuk berkubang, jadi sebelum tidur sekali lagi kami berkubang tapi cuma kaum wanita sahaja.
Esok tu, sesiapa yang rajin bangun pagi bolehlah bersarapan kat dia punya cafe. Menunya biasa sahaja, sama seperti menu sarapan di semua hotel-hotel di Malaysia ni.
Balik dari bersarapan, berkubang lagi sampai lah dipanggil naik untuk bersiap dan check out.
sebenarnya selepas bersarapan, aku dah mula rasa tak sedap perut. Dan ianya berlarutan hingga hampir waktu lunch. Lunch pulak kat KFC. Aku ni ada sejarah hitam mengenai KFC. Pernah keracunan selepas makan KFC pada Raya Aidilfitri 2002 (kalau tak silaplah). Jadi bila teringatkan kisah itu, aku jadi fobia untuk makan KFC ketika perut tdak sihat. Jadi cuma minum air kosong je. Cadangan untuk ke Kuang memenuhi jemputan kahwin tak dapat dilaksanakan, dengan Wahila pun tidak sihat maka rumahlah destinasi kami. Elok aje aku keluar dari kereta, depan rumah aku melambakkan isi perut yang dari tadi tak sabar nak keluar.
Tak lama kami masuk rumah, Along pun sampai, dia naik kereta dengan pn wie. Dalam hati terdetik juga, cepatnya mereka balik dari Kuang, rupanya mereka pun macam kami juga, tak larat untuk memenuhi jemputan disana.
Masuk rumah, memasing apalagi terbungkang tak sedar diri. Aku yang bercadang nak balik Kluang petang tu berfikir 2 kali, penat dampur tak sihat. Nasib baik tak jadi balik, malam tu 2 ke 3 kali juga aku berulang ke toilet. Dan cuti aku berlanjutan sampai hari Selasa. Kebetulan Lin nak ke Kluang kerana ada meeting. Jadi aku mengambil kesempatan untuk melambat-lambatkan tarikh kepulanganku ke Kluang. (aku suka...)
Okeylah, sampai sini dulu, nanti aku postkan lagi aktiviti aku.
Jumpa lagi.

0 ulasan: