Semalam berkesempatan melihat Majalah 3 di TV3. Kebetulan segment terakhirnya ialah Tanjong Pagar di Singapura. Semua maklum Tanjong Pagar kini hanya tinggal sejarah sahaja, lebih-lebih lagi buat mereka yang sering berulang alik ke Singapura melalui keretapi. Dulu aku antara mereka yang sering menjadikan Tanjong Pagar sebagai destinasi terakhir atau pun permulaan perjalanan dari Singapura ke Malaysia. Arwah abah merupakan pekerja lokomatif di Singapura. Aku yang menetap di Kluang (sebelum tu Kuala Lumpur) sering menghabiskan masa cuti sekolah di rumah arwah abah. Keretapi adalah satu-satunya pengangkutan aku untuk ke Singapura.
Bila melihat Tanjong Pagar di Majalah 3 kelmarin, aku terasa sebak. Banyak kenangan aku n family di Tanjong Pagar ini. Tanjong Pagar merupakan stesen terakhir destinasi KTM arah Selatan. Aku masih ingat, setiap kali keretapi berhenti, orang-orang yang turun akan berlari menuju ke kaunter emigresan. Semuanya gara-gara tak mahu lama beratur untuk disahkan kehadiran mereka ke Kota Singa itu. Selesai urusan di kaunter kami melalui satu laluan dimana anjing dijadikan sebagai pengesan bau kepada barang-barang yang tak harus di bawa masuk ke Singapura. Aku pun tak tahu apa ke benda barang-barang itu. Dadah kot?
Lebih 20 tahun aku tidak menjejakkan kaki ke Tanjong Pagar. Selepas arwah abah pencen dari KTM, cuti sekolah aku habiskan di Kluang sahaja. Terlalu lama aku tidak ke Tanjong Pagar, tak banyak perubahan rupanya Tanjong Pagar yang aku lihat di Majalah 3 kelmarin. Benar-benar mengimbas kenangan aku ketika rajin ke Singapura satu ketika dulu.
Kini Tanjong Pagar sudah pasti sukar untuk dikunjungi. KTM telah menamatkan perkhidmatan stesen keretapi Tanjong Pagar. Kebanyakan pekerja-pekerja di sana ditukarkan ke mana-mana stesen keretapi di Malaysia.
Selamat Tinggal Tanjong Pagar....
jumpa lagi
Akhirnya, sampai juga aku ke sini – Universal Studio
Seawal jam 7:00 pagi perjalanan bermula. Parking kereta kat Kotaraya JB. Masuk
Lepas tu kami melewati event
Lepas terjerit-jerit kat roller coaster tu, kami tengok wayang plak, Far Far Away atau pun Shrek 3D. Terasa jugak dia punya effect, macam bila si donkey tu bersin, kami pun terasa tempias bersin dia tu, eeeee…. dua kali pulak tu. Masih lagi kat negeri Far Far Away, kali ni, kami tengok Donkey’s show. Dia beraksi secara live, kerana boleh berinteraksi secara live dengan audience. Dah habis dengar Donkey membebel, boleh pulak terjebak naik fan fair yang langsung tak best. Kat sini lah aku beli souvenir untuk bebudak office, rasanya itu yang paling murah, magnetic. Tapi tak semua yang dapat, hanya mereka yang tertentu je, gila ko nak beli bebanyak, muflis makcik…
The Lost World – destinasi seterusnya. ‘Rapid Adventure’ ialah game yang kami joint. Nak masuk kena Q panjang-panjang. Enjoy memang enjoy, kononnya kami menyusuri sungai sambil di’tegur’ dinasour-dinasour yang berkeliaran kat tepi sungai tu, tapi nasib tak baik, basah lencunlah korang (macam apa yang terjadi kat Widura, sampai habis round kat USS tu, tak habis-habis membebel pasal kasutnya yang basah).
Selepas mengeringkan diri, kami meneruskan perjalanan - hanya melintasi Ancient Egypt kami sempat beramah mesra dengan ‘firaun’. Sebenarnya dari jauh dah nampak roller coaster yang jenis kepala ke bawah kaki kat atas, memang teruja. Tapi makin menghampiri pintu masuk ke tempat tu, makin kuat pulak degupan jantung, Ayat Kursi dah beberapa kali baca, Widura pulak siap suruh baca doa naik kenderaan. Kali ini aku nekad tak mahu pejam mata, kononnya. Tapi bila bab kepala ke bawah kaki kat atas tu, memang aku tak berani nak buka mata. Jerit jangan cakaplah, sampai terbatuk-batuk aku. Dan bila permainan tamat, rasa macam nak naik lagi pulak. Best giler…! Roller coaster tu ada dua jenis, satu yang roller coaster kaki kat dalam, satu lagi kaki tergantung. Aku naik yang kaki tergantung punya. Ajak jugak diorang naik yang kaki kat dalam, tapi diorang cakap yang itu dah biasa, so tak mau naik. Selepas habis suara aku keluarkan, kami bergerak ke Sci-Fic-City pula. Kat sini aku tak tahu apa kebendanya, so lalu jer dan amik gambar. Akhirnya kami sampai ke
Tengah leka-leka memerhatikan suasana Bandaraya
Selepas merasai pengalaman pembikinan filem action itu, kami meneruskan penjelajahan New York kami, bergambar di atas jalanraya New York, sempat lagi menggayakan topi dari ‘The Brown Derby’ dan menyaksikan live show ‘Superstar Candies’ yang menari-nari serta terkinja-kinja. Memang nampak gedik, tapi terhibur juga dengan persembahan mereka.
Akhirnya sebelum keluar dari Theme Park USS, kami tiba semula di
Lepas keluar
Maka berakhirlah perjalanan kami ke Universal Studio
OK. Jumpa lagi…
Celebrate birthday
Pagi 2/2/2011, dengan bas jam 8:30 pagi aku ke KL. Maka dapatlah aku menyibukkan diri atau ‘membusy body’ memeriahkan birthday party
Sabtu malam Ahad, kami ke Putrajaya. Dalam kepala terfikir jugak, ada apa dengan Putrajaya? Lepas maghrib kami bergerak ke
Acara itu ialah mendaki Bukit Broga – Seawal jam 6:00 pagi sudah mencelikkan mata menyediakan sarapan. Kalau ikutkan kena keluar rumah sebelum matahari terbit. Sebab nak tengok matahari naik dari puncak Bukit Broga. Tapi biasalah, bab-bab bangun pagi agak liat sikit, lebih-lebih lagi malam tadi balik lewat.
Jam 8:30 pagi baru keluar dari rumah. En Asben pada Pn Wie dah keluar dulu dengan parents dia. Pergi sarapan. Mulanya kami nak join jugak acara sarapan tu, tapi jauh pulak tempat mereka sarapan dan destinasi kami yang sebenarnya. Maka acara itu terpaksa kami ‘skipkan’, dan aku mendaki Bukit Broga tanpa sarapan.
Mungkin kerana masih ‘ringan’, jadi aku tidak kepenatan, Cuma kakiku agak tegang. Banyak kali jugak aku berhenti untuk mengurangkan ketegangan itu. Akhirnya sampai jugak aku ke ‘check point’ terakhir, bukan puncaknya. Semasa mula-mula naik, kami dah dengar ada orang jatuh di atas, agak parah jugak orangnya. Jadi kami diingatkan untuk berhati-hati.
Aku
Lepas acara mendaki, acara makan-makan. Di bawah kaki Bukit Broga ada ladang pemeliharaan arnab. Selain arnab, ada juga haiwan-haiwan lain, kiranya mini zoo lah ni. Merasa jugaklah aku makan sate arnab, dah nama pun sate, memanglah sedap tapi liat.
Balik rumah, bersedia pula untuk acara mandi-manda di air terjun (walaupun aku tengok tak ada air terjun). Mulanya malas nak pergi, tapi ‘dipaksa’ oleh Wahila untuk sama-sama memeriahkan acara mandi-manda itu. Kami ke Langat. Entah apa entah nama tempat tu, aku pun tak pasti. Aku memang malas untuk membasahkan diri, jadi aku cuma menjadi pemerhati yang setia bersama Along sambil mengunyah kudapan yang dibawa.
Jam 5:00 petang, baru bebudak yang nak sangat mandi-manda tu naik. Sebelum berangkat pulang, sempat lagi bebudak tu makan. Jam 6:10 petang baru sampai rumah. Along suruh aku bersiap cepat agar boleh kejar bas jam 7:00 malam, tapi memang tak sempat. Terpaksa aku naik bas jam 8:30 malam. Itu pun tak dapat bas yang selalu aku naik, sebab dah penuh. Tak kisahlah tu, janji balik malam tu jugak (sebenarnya lagi suka kalau tak dapat balik malam tu, boleh extend cuti, hehehe….) Jam 12:00 tengah malam, aku selamat sampai rumah. Selepas memberi laporan pada Along, aku bersiap untuk menidurkan diri. Esok dah mula kerja setelah lama bercuti.
Jumpa lagi.
Banyak juga aktiviti yang aku tak update kat sini. Antaranya:
i) 18 Disember 2010 - E-voke mengadakan jamuan tahunan atau lebih dikenali sebagai annual dinner. Buat kat Naza Hotel JB. Saat-saat akhir baru confirm untuk pergi. Itupun ada kawan yang boleh diajak bersama, kalau tak, memang tak sampai. Meriah juga annual dinnernya. Ada door gift, ada jugalah cabutan bertuah dan juga bertukar-tukar hadiah. Seperti biasa aku jarang dapat nombor bertuah, tapi ada juga kenang-kenangan aku menghadiri annual dinner itu. Menang jugalah untuk permainan yang dinamakan 'perfume', tapi hadiahnya bukan perfume. Cadang untuk tidur JB, tapi rasanya sudah berteman tu, balik hari tu juga ke Kluang. Sampai rumah pukul 3 pagi. Esok tu memang tak sedar diri. Bangun tidur dekat tengah hari. Satu hari tu aku macam kain buruk, lesu memanjang.
ii) 1 Januari 2011 - Bercuti ke PD bersama keluarga. Tapi 31 Disember 2010 dah start cuti sebab Najib umum hari tu 'public holiday' kerana Malaysia menang bolasepak Piala Suzuki AAF. Disebabkan ianya saat-saat akhir, segala-galanya dilakukan juga disaat-saat akhir. Petang 31 Disember tu aku dah sampai Kajang. Esok tu baru beramai-ramai berangkat ke PD. Bergerak dengan 4 kereta. Stay kat Legend International Water House. Pergi dengan 4 keluarga, apalagi hiruk pikuk jadinya bilik yang kami sewa, walaupun ambil 2 bilik. Check in dalam pukul 3 petang. Isitimewanya bilik ini ialah ada kolam untuk berkubang di dalam setiap bilik yang disewa. Lepas puas berkubang, kami melakukan aktiviti luar darjah pulak. Aku yang dah lama tak berbasikal, terhuyung hayang gak nak kawal basikal itu, tergolek dok jugallah aku dibuatnya. Lepas tu belajar memanah pulak, walaupun cuma 3 kali shoot, maklumlah anak panahnya cuma 24 batang, yang nak main ada 2 ke 3 orang, mana dapatlah jawabnya. Dah puas beriadah di luar, hampir maghrib baru kami balik ke bilik. Dinner kami beli bungkus. Makam reramai kat bilik.
Disebabkan ada kemudahan untuk berkubang, jadi sebelum tidur sekali lagi kami berkubang tapi cuma kaum wanita sahaja.
Esok tu, sesiapa yang rajin bangun pagi bolehlah bersarapan kat dia punya cafe. Menunya biasa sahaja, sama seperti menu sarapan di semua hotel-hotel di Malaysia ni.
Balik dari bersarapan, berkubang lagi sampai lah dipanggil naik untuk bersiap dan check out.
sebenarnya selepas bersarapan, aku dah mula rasa tak sedap perut. Dan ianya berlarutan hingga hampir waktu lunch. Lunch pulak kat KFC. Aku ni ada sejarah hitam mengenai KFC. Pernah keracunan selepas makan KFC pada Raya Aidilfitri 2002 (kalau tak silaplah). Jadi bila teringatkan kisah itu, aku jadi fobia untuk makan KFC ketika perut tdak sihat. Jadi cuma minum air kosong je. Cadangan untuk ke Kuang memenuhi jemputan kahwin tak dapat dilaksanakan, dengan Wahila pun tidak sihat maka rumahlah destinasi kami. Elok aje aku keluar dari kereta, depan rumah aku melambakkan isi perut yang dari tadi tak sabar nak keluar.
Tak lama kami masuk rumah, Along pun sampai, dia naik kereta dengan pn wie. Dalam hati terdetik juga, cepatnya mereka balik dari Kuang, rupanya mereka pun macam kami juga, tak larat untuk memenuhi jemputan disana.
Masuk rumah, memasing apalagi terbungkang tak sedar diri. Aku yang bercadang nak balik Kluang petang tu berfikir 2 kali, penat dampur tak sihat. Nasib baik tak jadi balik, malam tu 2 ke 3 kali juga aku berulang ke toilet. Dan cuti aku berlanjutan sampai hari Selasa. Kebetulan Lin nak ke Kluang kerana ada meeting. Jadi aku mengambil kesempatan untuk melambat-lambatkan tarikh kepulanganku ke Kluang. (aku suka...)
Okeylah, sampai sini dulu, nanti aku postkan lagi aktiviti aku.
Jumpa lagi.
Blog Archive
-
▼
2011
(4)
- ► 02/13 - 02/20 (1)
-
►
2010
(8)
- ► 11/28 - 12/05 (1)
- ► 08/15 - 08/22 (1)
- ► 08/08 - 08/15 (1)
- ► 07/18 - 07/25 (1)
- ► 07/11 - 07/18 (1)
- ► 06/20 - 06/27 (1)
- ► 05/16 - 05/23 (2)
-
►
2009
(8)
- ► 10/25 - 11/01 (1)
- ► 09/20 - 09/27 (1)
- ► 08/30 - 09/06 (1)
- ► 08/23 - 08/30 (1)
- ► 08/02 - 08/09 (1)
- ► 04/12 - 04/19 (1)
- ► 03/01 - 03/08 (1)
- ► 02/22 - 03/01 (1)
-
►
2008
(11)
- ► 10/05 - 10/12 (1)
- ► 09/28 - 10/05 (2)
- ► 08/31 - 09/07 (1)
- ► 08/10 - 08/17 (1)
- ► 07/27 - 08/03 (1)
- ► 07/06 - 07/13 (1)
- ► 06/22 - 06/29 (1)
- ► 06/15 - 06/22 (1)
- ► 06/08 - 06/15 (2)
About Me
- acucute
- Kluang, Johor, Malaysia
- Ingin dikenali tapi takut dikenali... dan orang selalu kata aku ni cute... ya ke?
aku suka blog ini...
-
-
Pet shops12 years ago
-
Photoshoot majalah SANTAI15 years ago
-
Ring Ring Ringgit10 years ago
-
