Saturday, August 21, 2010
salam...
Hari ni hari ke 11 puasa 2010. Dari hari pertama aku berpuasa sendirian... cuma pada hari Rabu lepas, kedatangan Lin memeriahkan sedikit puasa aku. Along n family yang berjanji nak balik berpuasa di Kluang terpaksa membatalkan hasrat itu, kerana Wahila tidak sihat, menambahkan lagi rindu aku pada abang n 'donat' (Safi). So, walau apa pun yang terjadi, weekend ni aku akan ke Kajang.
Sepanjang Ramadhan ni, aku banyak membeli, beli untuk berbuka jer, untuk sahur, aku masak. Simple tapi mengenyangkan. Kalau lagi malas, meggi pun sodap. Aku siap beli stok mamee untuk mengalas perut kalau-kalau lapar tengah malam. Memula tu tahan jugaklah makan apa yang ada kat rumah, tapi lama-lama, nafsu makan dah mula membuatkan aku mencari menu lain kat luar. Tapi alhamdulillah, setakat ini aku masih boleh berjimat.
Berbuka puasa seorang diri memang mengsayukan hati, tapi aku dah biasa menghadapinya. Sambil ditemani Sinar FM dan sekarang aku akan berbuka di depan TV sambil menonton sinetron Indonesia. Boleh tahan gak "Cinta Kirana' ni. Biasanya aku mengambil masa tak lama untuk berbuka. Selesai makan bergegas untuk solat Maghrib dan sementara menanti Isyak, kalau rajin aku mengaji. Bila dah selesai Isyak, jam pun menghampiri 9 malam.
Untuk menunggu masa tidur, aku melayan tv. Masa nilah, kekadang tu rasa nak makan jer....
Bulan puasa ni, aku tidur awal, sebab nak bangun sahur awal. Selepas subuh aku tidur balik, sebab tidur adalah kebesaran buatku (bak kata Along). Dan sememangnya tidur adalah hobi aku kalau tak ada apa nak buat. Sampai 'ting tong' kepala aku.
Alhamdulillah, puasa kali ini, aku senang menghadapinya. Segala urusanku dipermudahkan olehNya. Aku pun rasa sihat. Tahun ni aku berharap dapat mengejar Lailatulqadar lagi. Semoga Allah makbulkan permintaanku ini. Amin....
Jumpa lagi...