Friday, July 23, 2010
Salam…
Aku sebenarnya suka menulis berdasarkan lirik lagu atau apa sumber sekali pun. Sejak sekolah lagi. Tapi jarang ada kelapangan. Bila lapang, idea lak tak ada. Sekarang aku cuba praktikkan kembali. Kebetulan dah ada tempat untuk aku meneruskan kegiatan ini.
Untuk yang pertama ini, aku suka pada lirik lagu Adira – Ku Ada Kamu.
Dalam hidup kita, selain keyakinan dan kekuatan diri kita, kita pasti memerlukan dorongan dan sokongan. Adakalanya tanpa dorongan dan sokongan, kita tak akan kuat walaupun ada keyakinan. Ketabahan dan kesabaran akan goyah juga akhir apabila sudah tidak mampu bertahan. Kerana itu, kita amat perlukan kekuatan yang lain pula. Saat kita jatuh, saat kita tersungkur, kita amat perlukan sokongan dan dorongan orang yang rapat dalam hidup kita. Adakalanya kita bertahan kerana mereka. Adakalanya kita lakukan segala-galanya kerana mereka. Dan adakalanya kita lupa tentang diri kita hanya kerana mereka. Dalam keadaan ini, siapakah mereka yang akan terus dengan kita, keluarga atau sahabat?
Di kala aku tak mampu untuk berdiri, kau datang untuk membantu aku. Kau sering tiba tepat pada waktunya. Memberi aku keyakinan dan kekuatan. Dan ku harapkan kau akan selalu denganku walau apa pun yang berlaku. Andai hari esok bumi ini bergoncang, aku sangat memerlukan dirimu. Bersamakulah untuk terus menongkah arus kehidupan yang perit, kerana tidak mungkin aku mampu menghadapinya seorang diri. Aku berjaya untuk meneruskan kehidupan ini kerana KU ADA KAMU.
Jumpa lagi…