Wednesday, December 1, 2010
salam...

Lagu ini merupakan lagu yang diterbitkan dalam album Aishah yang sulung yang turut memuatkan Janji Manismu - lagu terbaik di Juara Lagu 1990. Dah 20 tahun lagu ini berusia. Hingga sekarang aku masih meminati dan akan terus meminati lagu ini. Aku pun tak tahu, kenapa...? Malah ketika populariti Janji Manismu memuncak, aku tetap menganggap bahawa Camar Yang Pulang sepatutnya lagi popular dari Janji Manismu.

Bermusim ku tinggalkan pelabuhan
Layari hidup sendirian
Kembali ku mencara fajar suci
Mengisi sepi hati ini

Seperti camar pulang ke pangkuan
Merindu kedamaian dulu
Begitu harapanku terhadapmu
Semoga kasih belum layu

Dihati ini sering melagukan rindu
Senyum tangismu dimataku
Andai waktu bisa menemukan semula
Akan ku bina kasih dulu bersamamu

Siapa yang menduga segalanya
Suratan takdir maha Esa
Sepintas ku temui senyumanmu
Memberi daku sinar baru

Lirik yang menceritakan tentang perantau yang pergi kononnya untuk memulakan hidup baru, tapi akhirnya akur bahawa walaupun hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, biarlah hidup dan mati di negeri sendiri. Kerana di negeri sendiri hidup akan lebih terbela, lebih terjamin, kerana di negeri sendiri kita dikelilingi orang-orang yang ikhlas menyayangi diri kita.

Lirik ini ditulis sendiri oleh Aishah. Memang menggambarkan dirinya yang melanjutkan pelajaran ke negeri yang terkenal dengan hasil tenusu. Memulakan karier seninya di sana. Agak berjaya dengan Aishah n Fan Club. Dan akhirnya pulang juga ke tanah air dan meneruskan karier seninya. Tahun pertama cukup membanggakan. Sehingga sekarang suaranya tidak pernah berubah. Setiap lagu yang dibawa cukup membuatkan aku akan mencari album terbarunya

Dan lagu ini tetap menjadi lagu kegemaranku sehingga kini.

Jumpa lagi...
Saturday, August 21, 2010
salam...
Hari ni hari ke 11 puasa 2010. Dari hari pertama aku berpuasa sendirian... cuma pada hari Rabu lepas, kedatangan Lin memeriahkan sedikit puasa aku. Along n family yang berjanji nak balik berpuasa di Kluang terpaksa membatalkan hasrat itu, kerana Wahila tidak sihat, menambahkan lagi rindu aku pada abang n 'donat' (Safi). So, walau apa pun yang terjadi, weekend ni aku akan ke Kajang.
Sepanjang Ramadhan ni, aku banyak membeli, beli untuk berbuka jer, untuk sahur, aku masak. Simple tapi mengenyangkan. Kalau lagi malas, meggi pun sodap. Aku siap beli stok mamee untuk mengalas perut kalau-kalau lapar tengah malam. Memula tu tahan jugaklah makan apa yang ada kat rumah, tapi lama-lama, nafsu makan dah mula membuatkan aku mencari menu lain kat luar. Tapi alhamdulillah, setakat ini aku masih boleh berjimat.
Berbuka puasa seorang diri memang mengsayukan hati, tapi aku dah biasa menghadapinya. Sambil ditemani Sinar FM dan sekarang aku akan berbuka di depan TV sambil menonton sinetron Indonesia. Boleh tahan gak "Cinta Kirana' ni. Biasanya aku mengambil masa tak lama untuk berbuka. Selesai makan bergegas untuk solat Maghrib dan sementara menanti Isyak, kalau rajin aku mengaji. Bila dah selesai Isyak, jam pun menghampiri 9 malam.
Untuk menunggu masa tidur, aku melayan tv. Masa nilah, kekadang tu rasa nak makan jer....
Bulan puasa ni, aku tidur awal, sebab nak bangun sahur awal. Selepas subuh aku tidur balik, sebab tidur adalah kebesaran buatku (bak kata Along). Dan sememangnya tidur adalah hobi aku kalau tak ada apa nak buat. Sampai 'ting tong' kepala aku.
Alhamdulillah, puasa kali ini, aku senang menghadapinya. Segala urusanku dipermudahkan olehNya. Aku pun rasa sihat. Tahun ni aku berharap dapat mengejar Lailatulqadar lagi. Semoga Allah makbulkan permintaanku ini. Amin....
Jumpa lagi...
Tuesday, August 10, 2010
Salam…
Sabtu, 7/8/2010 aku, Noi, LPP n adik LPP ke Melaka. Bak kata Ashraff, saja je… jejalan. Seawal jam 7 pagi, kami mula bergerak. Berjanji dengan Adibah, bertemu di tol Air Hitam. Destinasi pertama ialah Muar. Sarapan sate cukup terkenal di Muar. Itu yang bersemangat untuk ke sana. Dengan bantuan Adibah dan suami, tercapai gak hasrat untuk makan sate di pagi hari. Sebaik kita duduk, dia akan megambil order untuk minuman dan menu lain. Tak lama selepas itu sate mula dihidangkan, dia akan letak seberapa banyak sate di atas meja. Makanlah korang sepuas-puasnya. Lepas makan dia akan kira berapa lidi di atas meja, kalau ada balance sate, dia tak kira, dia kira lidi sahaja. Hari tu, kami makan lebih 70 cucuk sate plus mee rebus sorang satu. Thanks to Adibah diatas keikhlasan belanja sarapan hari tu.

Lepas makan, kami gerak ke Tanjung Emas, Muar. Setelah puas ber ‘exercise’ di sana, kami mula bergerak ke Melaka. Adibah dan suami pula bergerak pulang.
Perjalanan ke Banda Hilir, Melaka mengambil masa tak sampai 2 jam. Aku n friends memang ‘gamble’. Bergerak sendiri tanpa penunjuk dan pemandu. Cuma bergantung harap pada peta yang dibawa LPP, tapi tak berguna sangat. Aku banyak bergantung pada papan tanda. Alhamdulillah, dalam jam 11 pagi, kami tiba di Dataran Pahlawan. Hampir 4 jam kami habiskan di Dataran Pahlawan ini. Setelah lunch, kami mula bergerak ke Klebang. Hotel kami Everly Resort Hotel Malacca berada tidak jauh dari Banda Hilir. Tapi nak keluar dari kawasan Banda Hilir tu, adalah 2 ke 3 kali berpusing-pusing di tempat yang sama. Dengan bantuan sepupu Noi, akhirnya jalan ke Klebang kami temui. Jam 4.30pm, kami check in. Masa tengah sibuk menguruskan urusan check in, Noi ternampak Cikgu Shafi, cikgu vokal AF, sempat lagi bertukar senyuman.
Selepas rehat seketika, kami berempat turun semula ke lobi, untuk claim welcome drink. Si Noi sibuk mencari kelibat Cikgu Shafi. Nak bergambar katanya. Bila ditanya kenapa tak ambil gambar masa jumpa tadi, dia kata tak bersedia, lagipun sibuk dengan urusan check in. Memang tak ada rezekilah nak bergambar dengan Cikgu Shafi, sebab sampai keesokan harinya pun, kelibatnya memang tak muncul.
Lepas minum welcome drink tu, kami jejalan kat pantai. Aku memang tak bersedia untuk membasahkan diri dengan air laut, walaupun Noi memujuk. Setelah puas bergambar, kami balik ke bilik. Berjanji akan jumpa semula di Straight View Café untuk makan malam dalam jam 8pm, sebelum bergerak ke Junker Walk di Banda Hilir. Pihak hotel ada menyediakan transport untuk sesiapa yang mahu ke sana. Bertolak jam 9pm dan berjanji akan berada semula di tempat kami diturunkan pada jam 12 tengah malam.
Junker Walk seperti uptown di KL. Macam-macam ada. Dari makanan sampai ke barang-barang souvenir, dapur dan lain-lain, tak tersenarai kat sini deh. Setelah berasak-asak dekat 3 jam kat sini, kami mula bergerak ke tempat masuk ke Junker Walk tadi. Aku tak banyak membeli, lagi pun rata-rata peniaga yang berniaga kat sini semuanya Cina. Nak beli makanan pun aku tak berani tentang kesuciannya. Cuma ada satu kedai tu, memang ada sijil halal, so aku dan Noi beli gak biskut ‘tao-sha-pia’ kat situ. Penat jangan cakaplah, tapi sebenarnya enjoy.
Sampai kat di bilik, hajat hati nak melayari internet dan membaca novel tidak tercapai. Kepenatan yang amat sangat memaksa aku melelapkan mata dalam kadar yang cepat jugak. Noi yang meminta menemankan dia melayari internet pun aku tak layan.
Esok, seawal jam 7 pagi, kami turun bersarapan di café. Memang cakap kat mereka, kalau tak mahu beratur panjang, turun cepat, nanti takut tak dapat tempat. Bersarapanlah kami sampai tak ingat dunia. Lepas satu-satu menu kami cuba. Aku rasa meja kami saja yang tidak berganti orang selama dekat 2 jam kami kat situ. Dah puas ‘melantak’, kami naik ke bilik. Hasrat nak jejalan kat pantai pepagi ni tak kesampaian sebab hujan…. apa lagi ber ‘jalan’lah kami di atas katil…
Jam 11am, kami mula bersiap untuk check out. Setelah selesai urusan check out, kami mula bergerak meninggalkan hotel. Tak tahu mana nak pergi, kami memilih Stadium Hang Jebat yang sedang meriah dengan Karnival Jomheboh anjuran TV3.
Berjanji akan jumpa semula di tempat letak kereta dalam masa 2 jam, kami membawa haluan memasing. Rezeki berjalan dengan Noi. Dapat jugak bergambar dengan pengacara Majalah 3, Nurul Syuhadah Nurul Ain dan peserta akhir Top Host TV3, Mie. Setelah penat dan kaki aku yang dah beberapa kali terpelecuk, akhirnya kami bergerak meninggalkan tapak karnival itu.
Kami ke Jaya Jusco di Ayer Keroh, hanya untuk makan. Dah makan, tanya gak dengan mereka, nak jejalan lagi tak. Masing-masing menggeleng kepala. So, apa lagi Kluanglah destinasi kami seterusnya.
Hampir jam 8 malam, baru aku sampai di rumah. LPP n adiknya, aku turunkan kat Stesen Minyak Mobil, Taman Emas. Offer nak hantar ke rumah, ditolak. Noi pulak, adik angkatnya ‘pick up’ kat rumah aku. Maka berakhirlah perjalanan aku n friends ke Melaka.
Jumpa lagi…
Friday, July 23, 2010
Salam…
Aku sebenarnya suka menulis berdasarkan lirik lagu atau apa sumber sekali pun. Sejak sekolah lagi. Tapi jarang ada kelapangan. Bila lapang, idea lak tak ada. Sekarang aku cuba praktikkan kembali. Kebetulan dah ada tempat untuk aku meneruskan kegiatan ini.
Untuk yang pertama ini, aku suka pada lirik lagu Adira – Ku Ada Kamu.
Dalam hidup kita, selain keyakinan dan kekuatan diri kita, kita pasti memerlukan dorongan dan sokongan. Adakalanya tanpa dorongan dan sokongan, kita tak akan kuat walaupun ada keyakinan. Ketabahan dan kesabaran akan goyah juga akhir apabila sudah tidak mampu bertahan. Kerana itu, kita amat perlukan kekuatan yang lain pula. Saat kita jatuh, saat kita tersungkur, kita amat perlukan sokongan dan dorongan orang yang rapat dalam hidup kita. Adakalanya kita bertahan kerana mereka. Adakalanya kita lakukan segala-galanya kerana mereka. Dan adakalanya kita lupa tentang diri kita hanya kerana mereka. Dalam keadaan ini, siapakah mereka yang akan terus dengan kita, keluarga atau sahabat?
Di kala aku tak mampu untuk berdiri, kau datang untuk membantu aku. Kau sering tiba tepat pada waktunya. Memberi aku keyakinan dan kekuatan. Dan ku harapkan kau akan selalu denganku walau apa pun yang berlaku. Andai hari esok bumi ini bergoncang, aku sangat memerlukan dirimu. Bersamakulah untuk terus menongkah arus kehidupan yang perit, kerana tidak mungkin aku mampu menghadapinya seorang diri. Aku berjaya untuk meneruskan kehidupan ini kerana KU ADA KAMU.
Jumpa lagi…
Friday, July 16, 2010
Salam…

Hari ni 16hb Julai. Tahun ni aku 37 tahun. Tua kah aku? Entah… aku sentiasa rasa aku ni muda dan akan sentiasa muda. Mungkin kerana aku berstatus single. Tapi ada masa aku menyedari usiaku yang semakin meningkat. Kalau dulu aku yang paling muda di office, tapi sekarang dah makin ramai yang memanggil aku Kak Noor. Begitu cepat masa berlalu. Aku rasa macam baru je mula bekerja sedangkan hujung tahun ni cukup 17 tahun aku bergelar pekerja. Dalam 17 tahun bekerja, dengan bantuan Along, aku berjaya memiliki 2 buah rumah, 1 rumah kos rendah dan 1 rumah kos sederhana.
Aku pernah berkahwin, tapi jodohku tak panjang. Tak sampai 2 tahun usia perkahwinan, kami mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing. Itu jalan yang terbaik, sebab kami tidak bahagia bersama.
Aku juga sudah bergelar yatim piatu. Emak pergi ketika usiaku 2 tahun, abah pulak ketika aku berusia 33 tahun. Walaupun jarak yang terlalu lama, aku yakin emak dan abah bertemu di sana. Bak kata abang iparku, arwah emak dan abah dikebumikan di bumi yang sama iaitu Kluang, sedangkan arwah abah menghabiskan hari-hari tuanya di Temerloh, cuma saat-saat akhirnya ia berada di sini, di Kluang.
Dibesarkan oleh Along dan arwah suaminya, tapi tak pernah lupa jasa seorang abah. Seperti yang aku ceritakan dientriku yang lepas, setiap kali cuti sekolah, rumah abahlah destinasiku. Along sentiasa meningatkan aku, jangan sekali-kali lupakan abah. Alhamudilillah… saat-saat akhir usia abah, aku menjaganya dengan baik.
Aku ingin menjadi anak, adik, kakak, emak saudara dan kawan yang terbaik untuk semua mereka yang mengambil berat tentangku. Tapi sebagai manusia biasa, itu semua tak mampu aku lunaskan. Cuma sentiasa mendoakan yang terbaik untuk mereka yang aku sayangi. Hanya itu yang mampu aku lakukan setakat ini.
Dan aku yakin mereka juga mendoakan yang sama untukku. Terima kasih semua… kasih sayang kalian akan sentiasa dikenang dan dihargai. Ini kerana start dari jam 12 tengah malam hingga menjelang jam 9 pagi, HP aku tak sunyi dengan sms yang masuk untuk meng’wish’ aku sempena ulang tahunku hari ini. Wall di FB ku juga meriah dengan ucapan dari teman-teman. Thank you so much… I LOVE YOU ALL.
Oh ya… aku juga berkongsi tarikh lahir yang sama dengan seorang rakan sekelas aku ketika di Vokasional Kluang dulu. Buat Bib, Happy Birthday….
Jumpa lagi….
Monday, June 21, 2010
Salam…

Aku kehilangan emak ketika aku berusia 2 tahun. Lepas tu arwah abah ada berkahwin lagi, tapi aku tak tinggal bersama dengan emak tiri aku ni, Kebetulan arwah abah ditugaskan di lokomotif KTM di Singapore. Aku yang bersekolah di Kluang hanya ke sana bila cuti sekolah.

Umurku 10 tahun, aku mula tinggal dengan Along. Sejak itu segala-galanya urusan Along. Dari makan, pakai, sekolah, sakit, pening, sampai majlis kahwin kami adik beradik pun dia yang bertungkus lumus. Tapi aku masih lagi meneruskan tradisi, cuti sekolah aku harus habiskan dengan arwah abah. Kalau tak, pasti aku sudah lupakan tentang seorang abah. Aku bersyukur tentang itu.

Menjelang tahun 1987, Along mengambil keputusan untuk berpindah dan bekerja di Kluang. Abah pula akan menamatkan kerjayanya pada Mac 1988, dan dia pun sudah membeli sebuah rumah di Kluang. Jadi kesempatan ini amat dinantikan, untuk merapatkan kembali diri kami dengan abah. Malangnya, abah mengambil keputusan untuk berpindah dan tinggal di Temerloh, Pahang, tempat tumpah darahnya. Sekali lagi kami berjauhan dengan abah. Tapi abah tetap abah. Kalau ada kesempatan dan cuti yang panjang, kampung abahlah destinasi kami.

Aku memang tidak pernah merasa kasih sayang emak dan abah. Along lah tempat aku bermanja. Apa yang aku ada hari ini adalah kerana seorang Along. Tapi dia juga ada tanggungjawab dia sendiri, tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Jadi aku harus pandai membawa diri. Walaupun kadangkala aku terasa hati dengan perhatian yang diberikan lebih kepada 2 orang anaknya, tapi akhirnya aku akur, aku hanya seorang adik. Dan kalau aku rindu pun aku akan lebih rindukan Along. Tapi emak dan abah tetap satu je dalam dunia ni buat aku. Walaupun tak pernah bermanja dengan mereka, aku tetap rindukan mereka.

Selamat Hari Abah…

Jumpa lagi…
Saturday, May 22, 2010
Salam...

Orang selalu cakap, ‘apa pun, mereka tetap mak dan ayah kita, walau teruk sekali pun mereka, mereka tetap mak dan ayah kita’, lepas tu teringat lak kata-kata Leto dalam filem 'Semerah Cinta Stilleto' – ‘sebagai anak kita harus mendoakan yang terbaik untuk ibu bapa kita, walau berat macam mana sekali pun kesalahan mereka kepada kita, doakanlah yang terbaik untuk mereka’. InsyaAllah pahala lah balasan untuk kita.

Aku teringat cerita tentang seorang kawan, dia selalu bising tentang mak n ayah dia yang seolah-olah tidak mengambil berat tentang dirinya. Baru-baru ni dia sakit, demam tak baik-baik, menurut seorang kawan dia, mungkin ada sesuatu yang menimpa dia, kerana itu, demamnya susah nak kebah. Menurut firasatnya lagi, ada ‘benda’ yang ikut dia balik. So, dia pun nak pergilah berubat. Tapi mak dia tak percaya semua tu n tak bagi dia pergi berubat. Sedangkan dia tahu yang anak dia memang tak sihat-sihat dah lebih seminggu. Dah lah tu, boleh pulak tinggalkan dia yang kesakitan seorang diri di rumah. Mujur aku senang n tak ke mana-mana, so aku tolonglah dia bawa ke klinik. Esok tu dia admit kat hospital sebab badannya terlalu panas, suhu badan hampir mencecah 40o . Lepas dah ‘check in’ hospital tu, dia call lah ayahnya, beritahu keadaan dirinya, tapi kena marah lah pulak, siap cakap, ‘sapa nak bayar bill hospital tu, aku tak nak bayar’. Camne tu? Sepanjang beberapa hari dia kat hospital tu, mak n ayahnya datang waktu malam je, itupun tak sampai setengah jam, sibuk nak balik. Semasa discharge hari tu, ayahnya hanya tunggu kat bawah. Tak naik pun untuk tolong anaknya mengangkat barang-barang. Kan anak tu tak sihat?

Tapi malam kelmarin, masa aku melawat dia, mak n ayahnya ada datang menjenguk dia, walaupun jam sudah menunjukkan 9:30 malam. Dan aku perhatikan cara dia melayan kedatangan mak n ayah dia, tiada langsung riak gembira di wajahnya. Kenapa ya? Lepas tu ada je yang salah di matanya atas setiap perbuatan emaknya. Tak tahu samada dia berjauh hati dengan mak n ayah dia atau memang itu cara dia melayan mak n ayah dia?
Pendapat you all?

Jumpa lagi...
Salam,
Dah lama aku tak entri kat sini, otak bekulah, ditambah dengan suhu kemalasan tahap maksima. Aku cuba ingat balik beberapa peristiwa yang boleh aku muatkan kat sini. Antaranya:-
1) Kenangan terindah: Pada 31hb 10 2009, setelah hampir 20 tahun tidak berjumpa dengan rakan sekolah ketika di Vokasional Kluang akhirnya kami bertemu juga. Gembira kerana dapat berjumpa semula dengan mereka yang kebanyakannya sudah berubah. Walaupun lama tak jumpa aku masih kenal ngan mereka. Sebenarnya aku tak pernah lupa pada mereka, cuma bila habis sekolah, masing-masing bawa diri. Memang lost contac betul. Perjumpaan raya tu memang meriah. Walaupun sedikit kelam kabut, tapi aku tak peduli itu semua, janji aku dapat jumpa ngan mereka.
Lama gak habiskan masa kat sekolah, dekat 3 jam. Lepas tu sambung kat Restoran Chaa. Dekat maghrib baru balik. Itu pun ada member nak balik JB, nak drive malam, mata tak awas. So, perjumpaan itu habis di situ, dan akan mengadakan lagi perjumpaan, tapi kali ni hanya ngan member-member se’batch’ sahaja. Barulah boleh borak-borak tak ingat dunia.
Atas usaha Ateh (Zalina Munawar), akhirnya Persatuan Bekas Pelajar Vokasional Kluang ditubuhkan. Ia dikenali sebagai eVoke. Adanya persatuan ini, harap ia dapat memberi sedikit manfaat kepad ahlinya. Antaranya, Koperasi Pertubuhan. Dengarnya dapat membantu ahli-ahli untuk mengembangkan perniagaan atau produk-produk yang dihasilkan. Harap ia menjadi kenyataan…
Sebelum tu adalah beberapa member yang menegur aku di FB, jadi pertemuan itu bersambung di FB, dalam sekelip mata aku mempunyai ramai teman di FB, yang aku tak pernah tegur pun tiba-tiba menjadi ‘rakan baik’ di alam maya…
2) Pindah office baru: disebabkan terlalu lama, aku lupa tarikh sebenar pindah office. Tapi yang aku ingat ‘princess’ kata sebelum Christmas Day, masalahnya, memo keluar dengan tarikh 23/12/2009. Boleh tak korang bayangkan betapa kelam kabutnya kami. Nasib baik kami dah pack barang sikit-sikit. Itu satu hal lah, keadaan office yang tidak siap sepenuhnya membuatkan kami lagi tension. Mana orang bekerja, mana kami nak letak barang-barang kami. Masa tu jangan cakaplah, sambil-sambil susun barang, sambil-sambil buat ketupat.
3) Dapat ahli baru: 4 Februari 2010, aku dapat seorang lagi cucu, kali ni perempuan pulak – Safi. Kalau nak tahu lebih lanjut, tengoklah blog umienya: widura.org. (Safi je…). Apa yang aku tahu, hari ni dapat tahu kelahirannya, esok aku dah kat Cheras. Excited giler. Pada hal boleh tunggu minggu depan untuk cuti Chinese New Year. Tak pasal-pasal korbankan cuti 3 hari, tapi aku happy.
4) Pertengahan bulan Mac, family trip ke Penang. Along ada kerja kat sana, jadi kami mengambil kesempatan untuk mencuci mata. Kami gerak dengan 2 kereta. Korban lagi cuti 3 hari. Kalau nak tau cerita tentang Penang trip ni, silalah ke widura.org (Penang Trip).
Kami tolak balik ke KL tengahari Ahad. Singgah makan lunch lagi. Itupun aku rush mengejar bas pukul 8.30pm balik ke Kluang. Bayangkan jam sudah menunjukkan pukul 3.30pm, aku masih lagi berada di utara Semenanjung. Belum keluar dari Kedah pun lagi. Pulak tu dengan hujan lebat, jem lagi. Tapi alhamdulillah, masa aku sampai Pudu Raya, ngam ngam 7.40pm. Selepas bas berhenti di Hentian Sebelah Nilai arah Selatan, aku pun tidur tak sedar-sedar. Bas berhenti kali kedua pun, aku tak bangun. Letih wei... sampai Kluang tepat jam 12.00am. Esok plak kerja…
Lepas sehari kerja, aku terpaksa MC sebab mataku buat hal. 2 hari lak tu. Dah lah tu, petang Jumaat aku gerak ke KL semula. Kali ni menghadiri potong jambul Safi. Balik ke Kluang, layan pulak kehadiran dua kakak dan abang iparku. Mereka seperti biasa akan menghadirkan diri sebulan sekali untuk rawatan ozon di Klinik Dr Ahmad.
5) Dalam masa dua bulan, Mac & April, selang 2 minggu aku mesti naik KL. First, hantar balik Kancil Widura, sebab dia mula kerja 4hb April, sambil-sambil tu menjengah rumah barunya di Saujana Impian. Lepas 2 minggu, naik balik KL, kali ni, hantar Wira Wahila pulak. Sampai officemate aku kata, aku ni dah jadi penjaga kereta pulak. Sebelum gerak ke KL, sempat lagi pergi massage kat spa, tapi rasanya tidak berbaloi. RM40/= hanya untuk urutan di bahu dan kepala. Kalau aku panggil tukang urut amatur, RM20/= untuk satu badan selama hampir 2 jam, puas hati.
6) Hari ni, dah hampir 4 minggu aku tak naik KL. Nak save budget. Selang 2 minggu naik KL, botak aku. Tapi tulah, menahan rasa je ni. Rasa rindu pada bebudak tu. Memang tak sabar nak tunggu Wesak Day ni, cuti panjang sikit, 3 hari. Bak kata Widura, boleh berhogok-hogok ngan families.
OK… jumpa lagi.