Tuesday, October 27, 2009
Salam...

Hari Jumaat lepas, aku and officemate buat jamuan raya. Walaupun raya dah habis, kami enjoy the party. Sebelum tu, Khamis, kami meraikkan full moon anak Adibah dan HCY. Makan nasi tomato lagi, ehmmm... sedapnya.
Aku dan officemate aku yang lain rajin buat makan-makan ni. Biasanya kalau ada birthday somebody. Kami akan buat collection dan bincang apa yang nak dimakan.
Sebelum ni, kami buat collection, lepas tu belikan 'birthday girl or boy' hadiah, tapi lepas tu kami ketuk dia balik, belanja kami makan. Lama-kelamaan benda ni menjadi kontroversi pulak. Sebagai orang yang diraikkan tak sepatutnya dia yang keluar belanja. Dek kerana menjadi kontorversi maka ianya dihentikan.
Sekarang kami hidupkan kembali cuma sekarang ni kami rasa caranya betul, orang yang diraikkan tidak mengeluarkan satu sen pun, kami bersama meraikkan harijadinya, makan-makan bersama, bergambar dan macam-macam lagi.
Tak lama kami akan pindah office baru dan kembali bersatu dengan beberapa department yang lain. Tak tahu lah adakah tradisi ini boleh diteruskan atau tidak. Biarlah masa yang menentukan...

Jumpa lagi...
Wednesday, September 23, 2009
Salam,

Dah empat hari kita menyambut Hari Raya Aidilfitri. Tahun ni kami beraya di Pahang. Lama gak aku tak balik ke Pahang, adalah setahun. Malam raya terkenangkan Abah dan Bang Long. Meriah raya di Pahang sedikit kurang dengan ketiadaan mereka. Ini kali pertama beraya tanpa mereka di Pahang.
Walaupun tak dapat berkumpul sepenuhnya, Hari Raya Aidilfitri tetap diraikkan. Alang dan keluarga beraya di Perak, raya ketiga mereka akan ke Pahang. Widura dan suami tahun ni beraya di Sg Buloh dulu, petang raya pertama barulah mereka bergerak ke Pahang. Petang raya kedua, kami bergerak balik ke KL. Malam tu lepas maghrib, barulah bertolak balik ke Kluang. Dua Hari Raya berlalu begitu sahaja.

Esoknya raya ketiga, memang tidak kemana. Tapi Wahila sempat lagi berjumpa dengan kekawan sekolahnya. Widura dan suami ke Muar. Kesempatan cuti aku penuhkan dengan bangun tidur lambat, he he he...

Raya keempat aku dah start kerja balik. Memang aku tak cuti pun, public holiday untuk raya panjang gak tahun ni, so boleh jimat cuti. Hari Jumaat ni, insyaAllah kami akan bergerak ke Bahau pulak, rumah Angah. Tidur semalam, Sabtu gerak balik ke Cheras. Seperti biasa hari Isnin malam aku akan bergerak balik ke Kluang. Dan bermula lah semula rutin hidupku seperti biasa.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN.

Jumpa lagi...
Thursday, September 3, 2009
Salam...

Hari Sabtu lalu, semua family aku balik berpuasa di Kluang. Penuh rumah. Laman rumah tu yang dah lama tak 'dijejaki' orang, meriah dengan keletah anak-anak sedara & cucu aku. Memasing tak padan dengan tak sihatnya. Cikgu Zu pun join sekali buka puasa kat rumah. Lepas buka, Wie & hubby, Cikgu Zu, Aween (adik Kak Lang), Kak Long Kecik and Kak Ngah berjalan ke Kluang Mall. Malam tu jugak Alang menjadi tukang kebun terjun, mengemas semula pasu-pasu bunga yang dah macam hutan, menebang pokok-pokok yang melangit tak tentu hala dan membersihkan kolam mandi yang kalau hujan lebat, penuh dengan air. Kebetulan beberapa hari yang lepas, petang je, hujan... lebat pulak tu.

Hari kedua, Ahad. Kami berbuka puasa dengan nasi minyak, lauk ayam masak kurma dan acar. Kak Shidah & family berbuka sekali. Lagi meriah rumah. Selalunya aku berbuka dengan apa yang mampu untuk aku makan, tapi hari tu, penuh meja. Kami berbuka di luar. Siap buka meja untuk letak makanan. Lepas buka, memasing lepak. Bebudak juga yang tak tahu penat. Makin malam, makin aktif.

Bulan puasa ni, siang tak ada aktiviti lain, selain merehatkan diri secukup rasa, tidur... menjelang petang barulah sibuk fikir menu apa untuk berbuka puasa. Hari ketiga, Isnin, kami masak tom yam, goreng sayur dan telur dadar. Lapar, laju je suapan. Lepas berbuka, mereka mula bersiap untuk balik semula ke KL, esoknya kan kerja. Sebaik je mereka bertolak, aku pening kepala nak kemas rumah. Banyak betul sisa-sisa yang mereka tinggalkan untuk aku. Itupun nasib baik dapur dah separuh bersih. Terima kasih Kak Lang...

Hari Khamis ni, aku menunggu kedatangan Angah dan Abg Yusof. Tak tahu berapa lama mereka kat sini, harap-harap biarlah sampai habis minggu ni. Sekurang-kurangnya weekend ni aku tak keseorangan.

Jumpa lagi...
Wednesday, August 26, 2009
Salam,

Ramadhan datang lagi. Bulan yang mulia dan semua orang mengambil kesempatan mengumpul pahala sebanyak mungkin, kerana di bulan ini lah pintu syurga terbuka untuk semua muslimin dan muslimat.

Aku seperti biasa, menyambutnya dengan family di Cheras. Hari pertama kami berbuka di Sungai Buloh (rumah mentua anak sedara), siap order Sate Kajang lagi, tapi bukanlah sate Haji Samuri.

InsyaAllah, 29hb Ogos ni kami akan berkumpul di Kluang pula. Tahun ni, malas nak masak, aku beli je lauk dan sedikit kuih muih untuk berbuka di gerai Ramadhan, tapi limit lah, 1 hari kalau boleh tak mahu lebih RM10/-, kalau boleh jimat nak jimat lagi, tapi tak boleh jugak. Harga makanan agak mahal sekarang. Lauk tu pulak kena lah panaskan, nanti tak tahan lama untuk sampai waktu sahur. Tinggal sorang ni, kalau nak masak macam main-main je... masak nasi pun tak sampai setengah pot, tak habis jugak.

Hari ni aku mula rasa tak sihat. Tekak sakit, rasa macam nak demam. Tengoklah kalau melarat, esok kena pergi klinik. Sekarang musim H1N1, kena alert keadaan diri sendiri. Ashraff pun tak sihat dengarnya... sekarang kat hospital. Tapi keadaan dia okey je... aktif lagi. Cuma suhu badan dia agak tinggi. Harap-harap tak melarat.

Okeylah... cuma itu je setakat ni. Nanti aku post cerita terbaru...

Bye...
Tuesday, August 4, 2009
Salam...

Last aku publish kat sini pada 15 April lalu, lama tu... Hari ni aku memaksa diri untuk menjenguk blog sendiri...

Antara cerita yang hendak dipaparkan ialah:-

i) Widura Pragnent - is good news for our family. Aku akan dapat seorang lagi cucu, seronoknya. Ashraff pun dah mula bahasakan diri dia abang, siap betulkan kalau orang tersalah panggil dia Ashraff ataupun Shami.

ii) Adibah pun dah selamat bersalin pada pagi 14 Julai lalu jam 4 pagi. Bayi perempuan seberat 2.5kg. Sekarang tgh tunggu berita baik dari HR aku yang sedang menunggu hari.

iii) 16hb Julai yang lalu, birthday aku ke 36. Seperti biasa, bebudak pejabat buat collection, walaupun tak banyak, thanks guys. Menjadi kebiasaan untuk belanja office mate yang lain. Tahun ni aku berkongsi dengan seorang office mate yang birthdaynya juga bulan Julai belanja mereka Nasi Ambang.

iv) Ketika aku menaip post ini, HR aku selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.3kg pagi semalam 2 Ogos jam 8 pagi.

Okeylah, tak idealah... nanti kalau ada cerita aku postkan lagi disini...

Jumpa lagi...
Wednesday, April 15, 2009
Salam pantai timur...

8hb April kelmarin aku n beberapa member office ke Terengganu. Petang Selasa, aku bertolak ke KL, janji ngan TMF jumpa kat LCCT pada petang Rabu. Jam 8 malam, kami check-in flight. Dalam jam 9 mlm, kami selamat tiba. Kedatangan kami disambut oleh bapa n antie TMF yang akan menjadi pemandu pelancong sepanjang kami berada di Kuala Terengganu.

Destinasi pertama kami ialah kedai makan. Aku yang memang lapar (walaupun petang dah makan nasi lemak) terus bersetuju bila diajak makan. Pertama kali aku berjumpa dengan nasi kunyit, selama ini aku dok membayangkan nasi kunyit tu nasi yang dimasak berencahkan kunyit rupa-rupanya pulut kuning... dan nasi minyak menjadi menu utama di kedai makan dan siap sambal belacan lagi. Lepas tu terus check-in hotel. Kami stay di Sumai Suite Hotel, berhadapan dengan Pantai Batu Burok. Apartment kami ada 4 bilik, aku dapat bilik dengan katil bujang.


Esoknya, selepas sarapan di hotel, kami dibawa sekali lagi sarapan nasi dagang yang menjadi trade mark Terengganu. Tapi disebabkan masih lagi kenyang, aku cuma makan satu pinggan sahaja. Selepas itu kami gerak ke destinasi pertama, Masjid Terapung. Aku dah pernah sampai sini dulu, ngan Alang n family. So aku tak excited sangat nak masuk. Lepas tu kami ke Desa Murni, tempat jual tudung, baju n kain yang agak terkenal jugak di KT ini. Setelah hampir satu jam kat sini, TMF ajak kami lunch di sebuah kedai makan Nasi Padang yang dia selalu bisingkan keenakannya. Tapi disebabkan kami masih lagi kenyang, lunch itu ditangguhkan.


Destinasi seterusnya ialah Pasar Payang. Tempat yang akan buat you all rambang mata. Walaupun sesak dan sempit, cari apa pun mesti ada. Lama gak kami disini. Aku siap lost kat situ, member yang lain entah ke mana? Aku masa tu sibuk cari baju untuk my nieces n grandson. Bila dah urusan jual beli tu, aku toleh, seorang pun tak ada. Sudahnya aku round sorang-sorang. Bila penat, balik semula ke pintu masuk ke pasar itu. Lama aku tercongok kat situ sorang-sorang. Hampir satu jam gak aku tercongok kat situ, baru lah mereka muncul ngan habuan ditangan masing-masing.


Selepas itu kami ke rumah auntie TMF. Lepak kat sana sampai petang. Semasa kat sana, TMF bawak aku ke tempat orang jual kuih-muih untuk minum petang. Kat sini pun aku rambang mata, panjang gak gerai yang jual kuih-muih tu. Macam-macam ada... macam-macam warna... macam-macam bentuk... macam-macam saiz...

Selepas minum petang tu, kami bergerak balik ke hotel. Tapi tak sempat masuk bilik pun, kami pesongkan arah kami ke pantai. Hampir senja baru kami balik ke bilik.


Malam tu, selepas masing-masing melepaskan lelah penat berjalan, barulah terasa lapar. Barulah terfikir nak makan mana? Tak jauh dari hotel kami tu, ada Restoran Secret Receipe, tapi akhirnya kami masuk sebuah kopitiam, 'Uncle Chua'. Kueytiownya memang sedap. Terbayang-bayang keenakannya sampai Kluang.

Keesokannya, tanpa sarapan dihotel, kami keluar awal. Destinasinya sebuah pasar tani cina, berhampiran China Town. Selepas puas berjalan dan bersarapan, kami ke Pasar Payang sekali lagi, sebab ada yang tak puas bershopping. Aku memang tak beli banyak barang. Budjet aku cuma nak berjalan-jalan, ada tak ada pun aku habiskan RM20/= beli keropok lekur. Hampir separuh hari kami di sana. Tengahari kami luinch kat rumah auntie TMF, makan laksa Terengganu. Setelah kenyang dan kemas apa yang patut, kami balik ke hotel. Petang lepas solat jamak Zohor n Asar, aku dibawa oleh bapa TMF ke Masjid Kristal. Ketika sampai, waktu Asar baru nak menjengah, tapi disebabkan aku sudah jamak Zohor n Asar, aku cuma buat solat sunat iktikad didalam masjid.

Pulang semula ke hotel, macam semalam, kami melencong ke pantai. Hampir senja baru kami balik ke bilik. Aku siap sempat beli rootbear float lagi. Kat Pantai Buruk tu ada restoran A&W, beesar..... (bak kata Ashraff). Malam kami dinner steamboat di sebuah restoran makanan laut. Tak puas dengan steamboat, kami singgah lagi ke Uncle Chua Kopitiam. Makan lagi...

Balik ke bilik, kami mula berkemas, sebab esok, awal pagi dan kena gerak. Flight pukul 8 pagi. Selepas sarapan di hotel, kami pun memulakan perjalanan pulang ke KL. Dalam jam 9 pagi, kami selamat mendarat di LCCT, KLIA. Sementara menunggu transport, kami minum lagi di Starbuck di LCCT tu.

Begitulah perjalanan aku n friends ke Terengganu. Tak puas sebenarnya, sebab aku nak pergi banyak tempat, macam Tasik Kenyir, Rantau Abang dan beberapa tempat yang aku tahu mengenainya melalui internet.

Okey lah, jumpa lagi nanti... kena pergi bank, arahan boss.
Monday, March 2, 2009
Salam...
Hari Sabtu kelmarin, aku hantar servis kereta yang dah terlebih mileage tu. Akibatnya banyak barang yang terpaksa ditukar. Sakit gak nak membayarnya, walaupun Along tolong dulukan..., tak sangka begitu teruk rupanya keadaan kereta aku. Next time, kena peka keadaan kereta.
Semalam lak, jiran aku pinjam kereta aku yang baru diservis tu. Alamak, semalam Along baru berpesan jangan lagi beri orang pinjam kereta... tak sampai 24 jam kereta aku diservis, dah dibawa lari keBP, nak buek camno... jiran tu baik ngan kita orang.
Lepas tu, pasal minyak lak... ikutkan minyak tu aku boleh maintain sampai hari Rabu ni, tapi pasal dah dibawa ke BP, terpaksalah aku top up RM20/= lagi. Harap-harap ia boleh bertahan sampai ujung minggu ni. Bukan lah nak berkira, tapi aku sendiri semput dan sakit nak maintain kereta ni, kalau tak ada kereta, aku patah kaki.
Okeylah... aku chow dulu, nanti kalau ada isue lagi, aku ceritakan kat sini.

C U again....
Wednesday, February 25, 2009
Hai...
Rasanya itu je yang mampu aku taip untuk mukadimah kali ini.
Lama gak aku tak jenguk blog sendiri :), poyo kan?
Tak ada mood nak menaip dan tak ada idea langsung, walaupun banyak cerita. Yang sebenarnya malas yang teramat sangat. Hari ni, aku cuba gak menaip beberapa cerita yang masih aku ingat. Antaranya:

1) PGL The Musical: 8 Feb 09' lalu, aku ke IB sekali lagi. Kali ni layan PGL The Musical Teater. Enjoy, walaupun masih lagi sayup kedudukan pelakon-pelakonnya dari tempat dudukku.
2) Dapat HP baru walau pun second hand. Along n Wie beli HP nokia yang baru, yang harganya cecah ribu gak. So aku kebas hp Along yang lama, yang aku memang em dari dulu lagi, sebab dia ada memory card n mp3. Aku kan gila nak dengar lagu.
3) Bonus yang tak bonus. Apa boleh buat, terima je lah. Ekonomi tak baik lah kata kan. Tu nasib baik ada, sesetengah company, menjelang tahun baru ni, banyak yang 'tutup'.
4) No increment. Masuk ni, dah 2 kali tak ada increment sepanjang 15 tahun aku bekerja di sini.
5) Cuaca. Sebelum ni panas yang amat sangat. Malam, walaupun dah on kan air cond, bahang panas petang masih terasa. Tapi, ketika aku menaip ni (kat office), di luar sana sudah mula mendung. Nampak gayanya macam nak hujan lebat, gelapnya seperti senjakala.
6) Kisah Titot. Tetiba dia jatuh sakit. Serius. Kedua-dua buah pinggangnya tidak berfungsi lagi. Selama ni dia tak tahu keadaan dirinya begitu serius, sehingga dia demam dan lambat baik. Bila didesak oleh emak dan abahnya, barulah nak ke hospital, dan itulah keputusan yang doktor berikan. Kedua-dua buah pinggangnya mengecut. Dan aku teringat tentang diri aku yang mempunyai peluang yang besar untuk penyakit diebetis. Mujur Along sering meningatkan agar kurang-kurangkan makan gula. Dan sekarang sedang berusaha cara tradisional. Peria katak dan sireh direbus bersama, dan airnya kita minum, sekurang-kurang 2 atau 3 kali sehari. Bak kata pepatah, 'penyakit datang macam ribut, pergi macam siput'.
7) Alhamdulillah. Akhirnya office mate aku yang kahwin penghujung 2005, mengandung. Diikuti pula oleh HR aku, pun sama gak, akan due pada bulan yang sama dengan office mate aku tu. Hai... macam berjanji je korang ni... bertambahlah 'ahli keluarga'. Sekarang tengah tunggu Kak Long Besar pulak, cuma belum confirm ada ke tak ada?

Rasanya itu je kot... masa tak mengizinkan lah. Office mate aku yang lain dah balik, so aku pun nak gak. Nanti kalau aku ingat apa yang diceritakan, aku publish disini.

Jumpa lagi.