Tuesday, September 30, 2008

Malam tujuh likur ni mengingatkan aku nostalgia ketika kecil. Aku dibesarkan di quaters KTM, Jalan Hospital, Kluang. Dikelilingi oleh sebahagian besar keluarga melayu. Disebabkan itu lah, bila menjelang hari raya, suasana cukup meriah.

Malam tujuh likur adalah yang ditunggu-tunggu, malam tu, kalau tak hujan, kami yang bergelar budak-budak cukup gembira; main bunga api, main kejar-kejar dan jiran aku memeriahkan lagi dengan meriam yang dibuatnya sendiri. Kami akan bermain sampailah dipanggil balik, selagi tak dijerit selagi itulah kami akan terus bermain. Ya lah, nama pun budak-budak.

Petang beberapa hari sebelum itu, remaja-remaja lelaki termasuk abangku memasuki belukar yang berhampiran rumah, mencari mana-mana batang kayu untuk digantungkan pelita. Pelita pun mereka buat sendiri, menggunakan tin susu dan kain buruk sebagai sumbunya.

Kalau Along dan Bang Long yang ketika itu bekerja di KL balik beraya di Kluang, akulah orang yang paling seronok, sebabnya mereka akan balik dengan bunga api dan mercun yang dibeli secara borong. Masa ni aku boleh eksyen dengan member-member aku yang lain.

Memang seronok... Nostalgia yang tidak akan dilupakan. Bila mengenang kembali detik-detik itu, pasti tersenyum seorang diri. Hmm.... adakah ia akan berulang kembali?

Monday, September 29, 2008
Sabtu minggu lepas, 20hb Oktober, aku ikut company trip ke Genting Highland. Walaupun dalam bulan puasa tapi aku enjoy gak, lebih-lebih lagi hari tu hari tak puasa aku. Sampai dalam kul 12:00 tengahari. Belum boleh check-in. Lepas letak beg kat satu ruang di lobi hotel, kami buat hal memasing. Aku ngan geng (Jimie, CT n HCY) mula menjelajah di theme park indoor. Tak tahu hala tuju, aku n geng pilih masuk Snow World. Merasalah aku nak main salji, walaupun bukan yang original. Sejuk jangan cakaplah, aku sibuk nak keluar, yang geng aku sibuk nak claim air yugort. Terpaksalah tunggu. Hidung aku dan jejari tangan n kaki dah mula membeku. Keluar plak, ternampak seorang India sedang makan mee maggi panas-panas, sedapnya... cobaan....

Lepas check-in, lepak-lepak kat bilik, aku yang tak puasa apa lagi mee maggi lah yang aku jadikan mangsa. Baru nak terlayang, HCY datang menyibuk. Dia pun sibuk nak mee maggi. Lepas mandi, aku keluar ngan dia g main bowling, percuma sebagai tetamu hotel. Lepas habis satu game, aku mula menjelajah n window shopping kat situ.

Sampai waktu berbuka, kami berbuka di Cafe Resort Hotel. Ramainya orang. Mulanya nak tunggu hampir masuk waktu, tapi bak kata salah sorang geng aku, baik korang cepat, makanan banyak yang nak habis, apalagi kita orang pun mula memenuhkan meja dengan bermacam hidangan, mengikut selera masing-masing. Nasib baik habis, walaupun banyak yang berlebih. Lepas makan, kami sambung balik penjelajahan tadi.

Dalam pukul 10:30 malam, barulah kami bergerak ke bilik masing-masing. Itu pun tak terus tidur, sambung borak lagi. Tapi ngenangkan nak bangun pukul 4:30 pagi untuk bersahur, akhirnya dalam kul 1:00 pagi gak aku tertidur.

Tepat jam 4:00 pagi, alarm aku berbunyi. Kami bersahur di Cafe First World Hotel pulak. Menunya sama seperti sarapan pagi, tambah ada nasi putih dan lauk kari ayam. Aku cuma layan yang ringan-ringan sahaja. Lepas tu balik bilik sambung tidur. Tepat kul 7:00 pagi, aku terjaga. Terus berkemas dan mandi. Lepas bersiap aku keluar jejalan kat luar hotel yang masih berkabus. Aku n CT sibuk bergambar sebelum HCY datang menyibuk. Sebelum naik bas pukul 10:30 pagi, sempatlah aku membeli souvenier untuk Ana n Titot.

Singgah sebentar kat satu tempat yang aku tak tahu apa ke namanya untuk membeli sedikit makanan ringan untuk dibawa pulang.

Lepas tu terus meluncur ke KL. Destinasi asal, Pavilion tak kesampaian, atas alasan, bas susah nak berhenti di pintu masuk utama pusat beli-belah itu. Akhirnya kami ke Times Square. Window shoping lagi. Jam 4:30 petang, kami bertolak balik ke Kluang. Sampai dalam jam 8:00 ke 8:30 malam. Lepak tu tidaklah, cuma aku mula rasa tak sihat. Agaknya pertukaran cuaca yang terlalu mendadak yang menyebabkan aku selsema, batuk dan nyaris-nyaris nak kena semput. Tiga hari aku MC. Masa artikel ini ditaip pun aku masih belum sihat betul. Penangan Genting...