Friday, August 15, 2008
Hai... Pada 2hb Ogos lalu, aku sekali lagi terjebak dalam dinner yang dianjurkan oleh temanku. Malam itu dikenali dengan 'Malam Sehati Berdansa Bersama Artis Istimewa 2008', nak tahu siapa artis itu? Dia ialah Mama Rina, pelajar AF tertua untuk musim yang ke 6. Aku pergi sebab orang kuat majlis tu kawan satu tempat kerja. Dah banyak kali dia ajak aku, tapi aku selalu menolak, tak ada bajet. Tapi kali ni, pejam mata jelah...
Malam tu kira malam bertuah kat meja kita orang, hampir semua mendapat lucky draw, dimulakan dengan nombor aku yang pertama dipanggil malam itu. Sebenarnya aku bukanlah bertuah sangat pun, selalunya susah nombor aku nak naik. Jadi pada malam itu aku langsung tidak menaruh harapan.
Agaknya aku kena hadiri function yang ada artis tak? Ingat lagi tahun 2005, aku menghadiri gathering Akma AF3 di Menara KL. Seperti biasa aku hadir tanpa menaruh sebarang harapan, tapi alhamdulillah, nombor aku naik malam tu. Hadiahnya disampaikan oleh Cikgu Marlia Musa, walaupun hanya sehelai t-shirt. Dan pada malam tu dengan kehadiran Mama Rina AF6, aku menang lucky draw, walaupun ia hanya satu hamper yang kecil.
Sebahagian besar dari isi kandungan hamper tu aku bawa berkelah di air terjun Kg Kemensah di KL pada 9hb Ogos lalu. Berkelah dengan family. Tempat tu Along sewa hanya untuk family kita orang je. Memang seronok. Dah lama tak mandi air terjun. Sambil kita orang mandi, Kakak Ipar aku, sibuk memBBQ ayam. Malam tu, sambil berkumpul, sambil menyanyi lagu yang pernah dinyanyikan ketika kanak-kanak dulu. Happening gak malam tu dibuatnya. Dengan gelagat Mak Dah dan Shami lagi... Kat sini, merasalah korang tidur kat dalam pondok yang tak ada kipas dan lampu. Mula tu terasa rimas gak, dengan nyamuk dan agas ditambah dengan panas, selimut pun tolak tepi. Menjelang pagi dalam kul 4 k 5 pagi, mulalah terasa sejuk, terkial-kial cari selimut. Pulak tu hujan, lagi lah sedap menganyam mimpi. Dah lama tak merasa kehidupan di kampung, dulu masa mula-mula arwah abah pindah ke Pahang, memang terasa suasana kampungnya. Dengan kesejukan diwaktu pagi, yang menyebabkan malas yang tak terkawal. Kalau tak disebabkan panas matahari yang masuk celah-celah papan kat rumah arwah abah tu, memang tak bangunlah.
Lepas sarapan pagi berendam lagi, menjelang tengahari bila kena sound dengan Along, barulah teringat nak blaik, kalau tak... sendiri fikirlah...
Oklah... sampai sini dulu, nanti kalau ada cerita lagi, akan ditaipkan disini. Aku nak baliklah, ni curi masa kat office ni. Kalau management tahu... hmmm.....
Jumpa lagi.