Sunday, October 5, 2008
Sebelum jauh aku menaip, “SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN” aku ucapkan kepada semua yang mengenali diri aku yang tak berapa dikenali.
Aidilfitri datang lagi. Tahun ini tahun ketiga menyambut Syawal tanpa mencium tangan Abah dan Bang Long. Sebak mengenangkan mereka. Rindu jangan cakaplah, teramat sangat.
Tahun ini kami sekeluarga beraya di Kluang, setelah 2 tahun berturut-turut beraya di KL. Sekali lagi tanpa Alang dan keluarga. Kak Lang pakat anak-beranak beraya di Perak. Alang pula tak dapat join sebab kena kerja. Harap-harap tahun depan dapat berkumpul semula.

Biasanya bila raya, budak-budak lah yang paling seronok. Kenangan beraya ketika masih bergelar kanak-kanak cukup indah untuk dikenangkan. Biasanya di pagi raya, selain dari orang tua yang sibuk menyiapkan hidangan dipagi raya, anak-anak kecil juga sibuk menyiapkan diri untuk collect duit raya.

Aku, biasanya lepas kaum lelaki balik dari sembahyang raya, akan memulakan langkah bersama kawan-kawan yang lain menjelajah sekitar kawasan berhampiran seperti kuarters hospital, flat polis (yang sekarang ni dah macam tempat momok berpesta) dan kuarters JKR untuk menziarah sambil mengumpul duit raya. Zaman itu, dapat 20 sen pun dah cukup seronok. Menjelang tengahari, kami akan balik kerumah untuk makan tengah hari, lepas tu berjanji akan berkumpul dimana untuk fasa kedua pulak.

Raya kedua, aku akan mengenakan pakaian gaun yang biasanya dibelikan Along. Jalan raya lagi. Kali ini lagi jauh langkah kami. Kekadang tu sampai ke Kg Melayu. Sebelah malam pula, fasa dengan keluarga. Beraya bersama keluarga menziarah jiran tetangga dan sedara mara yang tinggal berhampiran.

Itulah bezanya beraya dulu dan sekarang. Sejak menginjak dewasa ini, bermakna itu semua harus aku tinggalkan. Tapi terkilan gak, sebab kanak-kanak zaman sekarang lebih suka beraya dirumah sendiri, depan tv, menonton rancangan yang memang menarik untuk ditonton. Kami orang dewasa pun lebih kurang sama je. Hari Raya sekarang bermakna raya depan tv dirumah. Rancangan tv yang disediakan cukup menarik, dan itu yang ditunggu-tunggu. Masuk minggu kedua raya, barulah merancang untuk beraya kerumah jiran tetangga, itupun kalau tak sibuk dengan marhaban.

Hmm... Masih terasa seronok beraya ketika masih kanak-kanak...
Tuesday, September 30, 2008

Malam tujuh likur ni mengingatkan aku nostalgia ketika kecil. Aku dibesarkan di quaters KTM, Jalan Hospital, Kluang. Dikelilingi oleh sebahagian besar keluarga melayu. Disebabkan itu lah, bila menjelang hari raya, suasana cukup meriah.

Malam tujuh likur adalah yang ditunggu-tunggu, malam tu, kalau tak hujan, kami yang bergelar budak-budak cukup gembira; main bunga api, main kejar-kejar dan jiran aku memeriahkan lagi dengan meriam yang dibuatnya sendiri. Kami akan bermain sampailah dipanggil balik, selagi tak dijerit selagi itulah kami akan terus bermain. Ya lah, nama pun budak-budak.

Petang beberapa hari sebelum itu, remaja-remaja lelaki termasuk abangku memasuki belukar yang berhampiran rumah, mencari mana-mana batang kayu untuk digantungkan pelita. Pelita pun mereka buat sendiri, menggunakan tin susu dan kain buruk sebagai sumbunya.

Kalau Along dan Bang Long yang ketika itu bekerja di KL balik beraya di Kluang, akulah orang yang paling seronok, sebabnya mereka akan balik dengan bunga api dan mercun yang dibeli secara borong. Masa ni aku boleh eksyen dengan member-member aku yang lain.

Memang seronok... Nostalgia yang tidak akan dilupakan. Bila mengenang kembali detik-detik itu, pasti tersenyum seorang diri. Hmm.... adakah ia akan berulang kembali?

Monday, September 29, 2008
Sabtu minggu lepas, 20hb Oktober, aku ikut company trip ke Genting Highland. Walaupun dalam bulan puasa tapi aku enjoy gak, lebih-lebih lagi hari tu hari tak puasa aku. Sampai dalam kul 12:00 tengahari. Belum boleh check-in. Lepas letak beg kat satu ruang di lobi hotel, kami buat hal memasing. Aku ngan geng (Jimie, CT n HCY) mula menjelajah di theme park indoor. Tak tahu hala tuju, aku n geng pilih masuk Snow World. Merasalah aku nak main salji, walaupun bukan yang original. Sejuk jangan cakaplah, aku sibuk nak keluar, yang geng aku sibuk nak claim air yugort. Terpaksalah tunggu. Hidung aku dan jejari tangan n kaki dah mula membeku. Keluar plak, ternampak seorang India sedang makan mee maggi panas-panas, sedapnya... cobaan....

Lepas check-in, lepak-lepak kat bilik, aku yang tak puasa apa lagi mee maggi lah yang aku jadikan mangsa. Baru nak terlayang, HCY datang menyibuk. Dia pun sibuk nak mee maggi. Lepas mandi, aku keluar ngan dia g main bowling, percuma sebagai tetamu hotel. Lepas habis satu game, aku mula menjelajah n window shopping kat situ.

Sampai waktu berbuka, kami berbuka di Cafe Resort Hotel. Ramainya orang. Mulanya nak tunggu hampir masuk waktu, tapi bak kata salah sorang geng aku, baik korang cepat, makanan banyak yang nak habis, apalagi kita orang pun mula memenuhkan meja dengan bermacam hidangan, mengikut selera masing-masing. Nasib baik habis, walaupun banyak yang berlebih. Lepas makan, kami sambung balik penjelajahan tadi.

Dalam pukul 10:30 malam, barulah kami bergerak ke bilik masing-masing. Itu pun tak terus tidur, sambung borak lagi. Tapi ngenangkan nak bangun pukul 4:30 pagi untuk bersahur, akhirnya dalam kul 1:00 pagi gak aku tertidur.

Tepat jam 4:00 pagi, alarm aku berbunyi. Kami bersahur di Cafe First World Hotel pulak. Menunya sama seperti sarapan pagi, tambah ada nasi putih dan lauk kari ayam. Aku cuma layan yang ringan-ringan sahaja. Lepas tu balik bilik sambung tidur. Tepat kul 7:00 pagi, aku terjaga. Terus berkemas dan mandi. Lepas bersiap aku keluar jejalan kat luar hotel yang masih berkabus. Aku n CT sibuk bergambar sebelum HCY datang menyibuk. Sebelum naik bas pukul 10:30 pagi, sempatlah aku membeli souvenier untuk Ana n Titot.

Singgah sebentar kat satu tempat yang aku tak tahu apa ke namanya untuk membeli sedikit makanan ringan untuk dibawa pulang.

Lepas tu terus meluncur ke KL. Destinasi asal, Pavilion tak kesampaian, atas alasan, bas susah nak berhenti di pintu masuk utama pusat beli-belah itu. Akhirnya kami ke Times Square. Window shoping lagi. Jam 4:30 petang, kami bertolak balik ke Kluang. Sampai dalam jam 8:00 ke 8:30 malam. Lepak tu tidaklah, cuma aku mula rasa tak sihat. Agaknya pertukaran cuaca yang terlalu mendadak yang menyebabkan aku selsema, batuk dan nyaris-nyaris nak kena semput. Tiga hari aku MC. Masa artikel ini ditaip pun aku masih belum sihat betul. Penangan Genting...

Thursday, September 4, 2008
Hai... Salam Ramadhan untuk semua. Ramadhan datang lagi. Seperti tahun lepas aku menyambutnya dengan semua ahli keluarga kecuali angah dan suami. Kalau tahunn lepas di Mutiara Apartment, Subang, tahun ini di Bandar Mahkota, Cheras pulak. InsyaAllah dua minggu lagi berpuasa di Nilai. Tahun ini dua orang anak saudara aku menyambut raya di rumah baru, abang aku pun menyambut raya dengan rumah yang suasananya baru. Dia baru je renovate rumah dia yang diduduki lebih 10 tahun.
Seperti tahun lepas, aku berpuasa seorang diri. Along yang merancang nak berpuasa di Kluang, terpaksa mengalah lantaran kesihatan yang tidak mengizinkan. Tapi dia berjanji akan balik seberapa segera jika sihat sepenuhnya.
Tahun ini juga aku tak mengorder mana-mana kuih raya, kecuali dengan Titot yang setiap tahun aku tak pernah miss dia punya kuih tart. Ekonomi tak berapa bagus, lagipun seperti tahun lepas, banyak kuih yang tak habis, so untuk mengelak dari membazir, tak payah order apa-apa kuih pun.
Tahun ini tahun ketiga aku menyambut Ramadhan tanpa Abah dan Bang Long. Rindu pada mereka hanya Tuhan yang tahu. Masih segar dalam ingatan betapa Bang Long lah orang yang paling sibuk menyiapkan juadah berbuka puasa. Dia yang rajin pergi membeli itu dan ini, melayan selera kami yang macam-macam.
Semalam hari ketiga Ramadhan, dah kedengaran lagu raya dimainkan (aku punya kerja lah tu). Bukan apa, saja nak meriahkah suasana kat office tu. Bila dengar lagu raya ni, walaupun banyak lagu raya yang baru, lagu raya yang lama gak yang mendapat tempat untuk diperdengarkan.
Hari tu masa kat KL, aku tengok banyak iklan buffet berbuka puasa yang disediakan kebanyakan hotel-hotel five stars di KL, tapi harganya untuk seorang mencecah lebih RM100/=! Fikir dua tiga kali gak kalau teringin berbuka di hotel. Rasanya tak berbaloi. Mana nak makan, lepas tu nak kejar maghrib lagi, kalau ada yang rajin, nak kejar terawih pulak. Bayar beratus, tapi makan sekejab. Tapi bagi yang teringin tu, pejam mata je lah, janji puas.
OK lah, takat ni dulu, nanti aku ceritakan kenangan aku sepanjang Ramadhan ketika aku kecil.
Jumpa lagi...

Friday, August 15, 2008
Hai... Pada 2hb Ogos lalu, aku sekali lagi terjebak dalam dinner yang dianjurkan oleh temanku. Malam itu dikenali dengan 'Malam Sehati Berdansa Bersama Artis Istimewa 2008', nak tahu siapa artis itu? Dia ialah Mama Rina, pelajar AF tertua untuk musim yang ke 6. Aku pergi sebab orang kuat majlis tu kawan satu tempat kerja. Dah banyak kali dia ajak aku, tapi aku selalu menolak, tak ada bajet. Tapi kali ni, pejam mata jelah...
Malam tu kira malam bertuah kat meja kita orang, hampir semua mendapat lucky draw, dimulakan dengan nombor aku yang pertama dipanggil malam itu. Sebenarnya aku bukanlah bertuah sangat pun, selalunya susah nombor aku nak naik. Jadi pada malam itu aku langsung tidak menaruh harapan.
Agaknya aku kena hadiri function yang ada artis tak? Ingat lagi tahun 2005, aku menghadiri gathering Akma AF3 di Menara KL. Seperti biasa aku hadir tanpa menaruh sebarang harapan, tapi alhamdulillah, nombor aku naik malam tu. Hadiahnya disampaikan oleh Cikgu Marlia Musa, walaupun hanya sehelai t-shirt. Dan pada malam tu dengan kehadiran Mama Rina AF6, aku menang lucky draw, walaupun ia hanya satu hamper yang kecil.
Sebahagian besar dari isi kandungan hamper tu aku bawa berkelah di air terjun Kg Kemensah di KL pada 9hb Ogos lalu. Berkelah dengan family. Tempat tu Along sewa hanya untuk family kita orang je. Memang seronok. Dah lama tak mandi air terjun. Sambil kita orang mandi, Kakak Ipar aku, sibuk memBBQ ayam. Malam tu, sambil berkumpul, sambil menyanyi lagu yang pernah dinyanyikan ketika kanak-kanak dulu. Happening gak malam tu dibuatnya. Dengan gelagat Mak Dah dan Shami lagi... Kat sini, merasalah korang tidur kat dalam pondok yang tak ada kipas dan lampu. Mula tu terasa rimas gak, dengan nyamuk dan agas ditambah dengan panas, selimut pun tolak tepi. Menjelang pagi dalam kul 4 k 5 pagi, mulalah terasa sejuk, terkial-kial cari selimut. Pulak tu hujan, lagi lah sedap menganyam mimpi. Dah lama tak merasa kehidupan di kampung, dulu masa mula-mula arwah abah pindah ke Pahang, memang terasa suasana kampungnya. Dengan kesejukan diwaktu pagi, yang menyebabkan malas yang tak terkawal. Kalau tak disebabkan panas matahari yang masuk celah-celah papan kat rumah arwah abah tu, memang tak bangunlah.
Lepas sarapan pagi berendam lagi, menjelang tengahari bila kena sound dengan Along, barulah teringat nak blaik, kalau tak... sendiri fikirlah...
Oklah... sampai sini dulu, nanti kalau ada cerita lagi, akan ditaipkan disini. Aku nak baliklah, ni curi masa kat office ni. Kalau management tahu... hmmm.....
Jumpa lagi.
Tuesday, July 29, 2008
Salam. Hai... Apa khabar? Lama gak kita tak bersua... bukan apa... malas nak online je... by the way, I'm back. Selama aku tak online, inilah ceritaku...

10 Julai 2008 - Annual Dinner Company tempat aku kerja (20th Anniversarry of ....) temanya Golden Night (New Era). Sebagai mana yang diberitahu kelmarin, aku salah seorang yang menerima 'Long Service Award'. Dah hampir 15 tahun aku berkhidmat di syarikat ini. Aku mula berkhidmat di syarikat ini pada November 1993 selepas 2 tahun bergelar minah kilang. Peluang yang diberi tak akan dilepaskan begitu sahaja. Istimewanya aku, tak perlu di interview, datang isi borang, hari tu juga aku mula bekerja. Masa tu hanya ada 3 orang pekerja melayu sahaja di office, dan beberapa pekerja cina yang kesemuanya ialah perempuan.

Wawasan bos aku memang hebat, dalam tempoh 10 tahun bergelar pemaju perumahan di Kluang, ia berjaya menyenaraikan syarikatnya di BSKL pada penghujung 1996.

Selepas itu ia mula berkembang, ke Batu Pahat, Johor Bahru, Seremban, Pontian dan Yong Peng. Yang terbaru di Parit Raja. Sekarang ni tengah nak launch projek baru di Batu Pahat. Bos aku pun dikenali sebagai Father of Kluang, yang aku tahu mungkin ia diiktiraf oleh akhbar-akhbar berbahasa cina, sebab dalam akhbar-akhbar melayu tak wujud pun gelaran itu. Tapi tak dinafikan Kluang membangun kerana syarikat ini. Dan sekarang ia cukup terkenal di Johor.

Sebagai pekerja aku berbangga gak, walaupun banyak cerita negatif tentangnya. Contohnya, rumah yang dibina terlalu banyak defect, tiada kualiti dan macam-macam lagi lah... tak boleh nak disenaraikan...

Sekarang ini pengurusan telah bertukar tangan, FC yang lama letak jawatan, mungkin dapat best offer. Apa yang aku tahu dan lihat, pengurusan yang diambil alih oleh mereka yang masih baru sedikit kelam kabut, dan pengurusan baru ini langsung tak boleh nak terima kata orang lama, akibatnya syarikat ditinggalkan oleh mereka yang lama berkhidmat yang rasanya boleh survive walaupun tak bekerja. Aku? Selagi mereka perlukan aku, aku akan terus bekerja.

12 Julai 2008 - Ke Airport Senai, ambil Syami. Dia akan dijaga oleh Uwan dia dan aku selama 2 minggu. Seronok gak ada si Botak ni, hari-hari gaduh ngan dia, walaupun baru berusia 1 tahun 4 bulan, tapi lagaknya macam budak umur 3 tahun. Kita marah dia, dia marah kita balik, siap pukul lagi, tapi pukul angin lah... Kalau pergi shoping, dia yang lebih... belum apa-apa lagi dia dah pilih apa yang dia mahu. Kalau tak bagi, dia berenang kat situ jugak. Aku siap main kejar-kejar dengan dia. Tapi dia bijak, boleh pulak dia masuk kat celah-celah mainan yang tersusun, yang dia tahu, aku tak boleh tangkap dia.

Excited bila dengar dia panggil aku ACU, walaupun tak jelas tapi ada lah bunyi ACU tu.

Masa ni dia dah balik rumah ibu dia kat Nilai... sunyi rumah ni bila dia tak ada. Bila nak datang lagi Syami? Acu rindulah...

16 Julai 2008 - My 35th Birthday. Hari ni birthday aku yang ke 35 tahun. Dah 35 rupanya aku. Sedihnya aku hari ni ialah kena cabut gigi... Kalau Syami demam sebab nak tumbuh geraham, aku sakit sebab kena buang geraham... Nasib baik petang dah ok, kalau tak, tak enjoy lah sambut birthday. Tahun ni, collection birthday dari officemate aku beli HP Nokia 2600 Classic yang baru, itupun kena tambah lagi RM130/=. Thanks Along.

Malam tu Along belanja desert kat Kluang Railcoffee. OK lah tu, sebab petang tu dah makan berat, so malam kenyang lagi. Esok tu Kak Shidah (kawan along) yang selang sehari je birthday dia, belanja steamboat. Thanks so much...

Itulah cerita aku. Kalau ikutkan banyak yang nak diceritakan, tapi tak boleh nak recall lah... nantilah... kalau teringat aku ceritakan kat sini. Jumpa lagi...

Thursday, July 10, 2008
Hai... ketemu lagi kita...
Lama gak tak online... kalau online pun ngadap email kat yahoo yang entah pape ntah. Hari ni kebetulan ramai top management dah balik awal sebab malam ni ada annual dinner sempena 20 tahun penubuhan syarikat. Jadi disebabkan itulah maka aku mengambil kesempatan untuk melayari internet diwaktu pejabat. Aku pun terlibat gak, kerana aku merupakan salah seorang penerima 'long service arward'. Tapi disebabkan aku cuma datang untuk makan je, maka aku tak dibenarkan balik awal. So, terpaksa lah tunggu sampai habis office hour. Boringlah...
Sunday, June 22, 2008
Salam...
Semalam malam minggu, biasanya tak ada apa-apa aktiviti kalau aku sorang kat rumah. Tapi semalam entah macam mana aku boleh terbabit dalam satu majlis makan malam yang dianjurkan oleh sebuah kelab aerobic di PCH.
Memang sebelum tu, ada kawan aku yang ajak gi dinner tu, tapi aku bukannya minat sangat pasal dinner yang macam ni, tambah tengah kering ni, nak bayar duit tiket, kena ikut tema dan lebih-lebih lagi ia dibuat kat PCH, lagi aku tak minat. Sebab dah 10 tahun aku kat PCH tu, semua jenis makanan aku dah makan, boring... lain lah kalau company yang buat, aku kena pergilah kan, free dan konon-konon nya menghargai apa yang company anjurkan.
Tapi, petang semalam, sedang aku dok berangan kat rumah sambil melayan tv, member aku, Noi, call, malam ni aku kena temankan dia gi dinner tu, jgn risau pasal tiket dan tema, tiket makcik dia yang nak pergi sangat tapi terpaksa batal disaat akhir yang aku gunakan, pasal tema tak payah ikut sangat, yang penting kita makan n enjoy the dinner.
Maka, pergilah aku ke dinner tersebut. Aku dah lama tak pergi dinner yang macam ni. Jangan marah lah aku katakan, sebahagian besar yang datang malam tu ialah pangkat makcik-makcik. Ya lah... yang anjurkan majlis tu pun pangkat makcik gak. Kebanyakan nya, pelajar-pelajar kelas aerobic tersebut. Ada gak mereka-mereka yang digelar pengacara malam tu 'lady boy' (mak nyah lah), siap ada competition lagi, siapa yang paling menyerlah.
Yang paling seronok aku rasa ialah joget lambak, macam-macam muzik yang bergema, dari twist, samba dan dangdut. Noi sibuk ajak aku menari, tapi aku tak mahu, walaupun aku enjoy tengok mereka menari. Bukan apa, segan lah dengan makcik-makcik yang ada, lebih -lebih lagi ada yang antara mereka yang aku kenal dan hormat.
Ok lah, itu je yang nak ceritakan kat sini. Nanti kalau ada cerita baru, aku postkan lagi disini. Nak bersiap, ada janji dengan Titot. Nanti aku ceritakan pasal member aku ni pulak.
Jumpa lagi.
Friday, June 20, 2008
At last aku dapat gak post citer terbaru aku kat sini. Sebelum ni lupa nak sign in, cam ne nak post citer baru...
Aku nak cerita, hari sabtu 14hb. hari tu, aku, along n anaknya serta hubbynya gi tengok P.Ramlee The Musical, enjoy giler walaupun dalam masa yang sama sibuk melayan sakit kepala, elok je habis the teater hilang sakit kepala aku. Tapi sayang, tempatku jauh diatas, tengok pelakon-pelakonnya pun begitu sayup, dialog yang diucapkan pun tak clear, aku banyak bergantung kepada subtitle yang dipaparkan ditepi stage. Pulak tu penonton depan aku, asyik menghalang penglihatan aku, tension gak, nasib baik best.
Setelah menonton teater ini, baru lah aku kenal siapa P.Ramlee, bagaimana kisah hidupnya, siapa kah Azizah dalam hidupnya. Begitu banyak kejayaan yang dikecapi, kalau dizaman ini, dia pasti sudah bergelar jutawan. Dan sepatutnya anak cucunya mengikut jejak langkah dan mewarisi apa yang dimiliki oleh Seniman Agung ini. Tapi tak tahu dimana silapnya, dengar cerita perihal royaltinya pun tak selesai lagi. Siapa kah yang harus mewarisi royaltinya itu? Tak tahu apa status isu royalti Seniman Agung ni? Ada sesiapa tahu? Boleh kongsi cerita?
Saturday, June 14, 2008
Hai,
Ini merupakan post aku yang pertama... BTW welcome to my blog (my niece yang buatkan), cantik tak?
Semalam 13hb Jun. Pagi, pukul 7.15am dah keluar dari rumah, adik aku, Jana dan anak-anak yang seminggu dok menemankan aku, balik ke Pahang hari ini. Sewaktu keretapi bergerak meninggalkan stesyen keretapi, hati terasa sayu... terasa diri ini ditinggalkan...
Tapi mujur, petang tu aku dah bergerak ke KL, hilang sedikit rasa sayu tu. 6 petang, bas mula bergerak meninggalkan bas stand Kluang. Sampai dalam pukul 9.30pm. Kakak ku yg sulung dan anak serta menantu setia menunggu ku. Lepas tu kami pegi makan di Uptown yang semua orang KL tahu, itu tempat apa? Aku yang dah lama nak makan Yong Tau Foo, akhirnya dapat gak menikmati makanan ini. Makanan ini mengingatkan aku pada zaman sekolah di SMPT, Jln. Temerloh, KL dulu. Kalau duit dalam poket tinggal 20 sen, makanan ini lah yang aku kerjakan, tapi cukup mengenyangkan. Dan ia merupakan antara makanan kegemaranku...
Mengingatkan SMPT, teringat rakan-rakan yang terus hilang, yang aku tak jumpa sampai sekarang. Ada tak ada pun, seorang classmate aku yang sekarang dah jadi pelakon yang terkenal kerana bakat dan kesungguhannya melayari hidup sebagai anak seni. Imejnya juga bersih, jarang nak dengar cerita yang tak baik tentang dia. Kalau ada pun, dia banyak mendiamkan diri. Mungkin itu adalah yang terbaik bagi dia? Dia pun yang aku kenal, memang sedikit pendiam dan serius. Dia juga agak rapat dengan aku, maklumlah, taman perumahan dia berhampiran dengan kawasan rumahku, kekadang saja je rancang untuk naik satu bas. Lepas aku meninggalkan SMPT tu, kami benar-benar lost contact. Tiba-tiba muncul wajahnya di majalah yang khas untuk remaja. Itu pun setelah diberitahu oleh seorang rakan. Selepas itu aku hanya mengikuti perkembangannya melalui media.
SMPT tu dekat dengan Tasik Titiwangsa. Dulu tempat tu agak terkenal, tapi malap. Selepas wujudnya Eye on Malaysia, barulah tempat tu naik semula. Itu yang buat aku lagi teringatkan SMPT. Pada hal cuma setahun je aku sekolah kat situ.
Oklah... dah masuk pukul 1.30am dah ni. Aku nak masuk tido. Esok banyak aktiviti yang kena sertai. Nanti aku ceritakan apa aktiviti aku tu...
Jumpa lagi...
Tuesday, June 10, 2008
Aku baru habis baca tulisan A Samad Said (Sasterawan Negara) 'Dari Salina ke Langit Petang'. Ini membuatkan aku teruja nak baca semua novel-novel beliau yg x pernah aku baca kecuali Salina.


Ada sesiapa yang boleh tolong aku?